Tuesday, October 9, 2012

SHANON AHMAD ‘SHIT’ SUDAH INSAF, A. SAMAD BILA LAGI



"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS”.
Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad

Setelah sekian lama menyepi, Ahli PAS seumur hidup yang juga Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad kini telah insaf dan menemplak kepimpinan PAS sekarang ini yang dilihat sudah tidak lagi relevan.

Hubungan PAS bersama DAP dalam Pakatan Pembangkang bukan lagi sembunyi bahkan sudah terang seperti mana yang diperkatakan Nik Aziz kepada rakan sePakatan DAP. Namun begitu, tidak semua pemimpin PAS bersetuju dengan Nik Aziz mahupun Abdul Hadi Awang dan juga Mat Sabu berhubung kerjasama PAS dengan DAP.

Menurut Shahnon Ahmad, perjuangan politik PAS kini sudah tidak lagi relevan dan menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP. Apa yang dilakukan PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam. Ini kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam dan bukannya dipimpin dalam memperjuangkan Islam.

Tegas Shahnon Ahmad lagi, sekiranya PAS memperjuangkan Islam, parti itu seharusnya menegakkan ajaran Islam dan suruhan Nabi Muhamad S.A.W. Dengan apa yang dilakukan PAS sekarang ternyata bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

Melihat kepada perjuangan PAS sekarang jelas tersasar dan lebih banyak menuruti kehendak dan arahan DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan PAS. Walaupun secara terang menentang perjuangan Islam, PAS masih lagi mahu bersama DAP biarpun untuk tujuan politik dan menuju ke Putrajaya.

Tambah Shanon Ahmad lagi, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama PAS dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.


Jika Shahnon Ahmad sudah insaf, Sasterawan Negara yang berjanggut panjang putih A. Samad Said bila lagi mahu insaf dan kembali ke pangkal jalan? 

2 komen:

  1. Mungkin hingga sampai rambut putih jadi hitam kembali

    ReplyDelete
  2. A samad said berjanggut dah macam syaitan.. syaitan je pakai janggut nih

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger