Sunday, October 21, 2012

SPR LANTIK 6 NGO, PEMBANGKANG TETAP TIDAK PUAS HATI



Apa saja pendekatan baru yang dilakukan SPR, semua tidak dipersetujui Pakatan Pembangkang kerana itu tidak menjamin peluang mereka untuk menang PRU-13. Sebaliknya, jika sesuatu tindakan yang dibuat SPR itu boleh memenangkan Pakatan Pembangkang baharulah mereka bersetuju menerimanya.

Terbaru, SPR mengumumkan perlantikan 6 NGO yang akan menjadi pemerhati pada PRU-13 akan datang di Semenanjung Malaysia. NGO’s ini terdiri daripada Merdeka Centre, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Transparency International, Centre for Public Policy (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata inisiatif itu, yang pertama kali diperkenalkan SPR, bertujuan memberi peluang kepada NGO berkenaan menilai sendiri ketelusan dan peraturan SPR sepanjang pilihan raya berlangsung.

Tindakan ini akan diperluaskan di Sabah dan Sarawak dan kini dalam peringkat akhir perbincangan sebelum diumumkan kepada rakyat. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak tidak terkecuali berikutan masih terdapat suara-suara sumbang parti politik di negeri-negeri tersebut masih mempersoalkan kewibawaan SPR.

Beliau berkata pemilihan NGO berkenaan dibuat selepas SPR benar-benar yakin bahawa mereka komited memperjuangkan demokrasi dan bersifat berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.  

Wan Ahmad berkata setiap NGO itu hanya boleh menempatkan tiga anggotanya di setiap kawasan Parlimen untuk menjadi pemerhati dan mereka juga diminta menghasilkan laporan khas sepanjang perjalanan pilihan raya itu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger