Monday, October 8, 2012

TIDAK SALAH ADA NEPOTISME DALAM KABINET BAYANGAN



Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang masih menghantui rakyat Malaysia apabila didapati wujud amalan nepotisme antara suami isteri dan anak beranak. Amalan ini sesuatu yang jelik dan tidak pernah berlaku ke atas mana-mana kabinet di dunia kecuali Pakatan Pembangkang. Malah, tegas pemimpin PKR dan DAP, tidak salah sekiranya mengamalkan nepotisme jika secara kebetulan yang mana merujuk kepada keluarga Anwar Ibrahim.

Dalam Kabinet Bayangan yang bocor itu menyaksikan keluarga Anwar Ibrahim mencipta sejarah sebagai keluarga Kabinet Bayangan yang pertama dalam dunia hari ini dengan dirinya dilantik ke jawatan Perdana Menteri, manakala isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dilantik ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anaknya, Nurul Izzah ke jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Bagi PAS, adalah tidak salah sekiranya amalan nepotisme itu menyerap masuk ke dalam Pakatan Pembangkang seperti yang digambarkan dalam Kabinet Bayangan mereka. Ini kerana itu semua adalah kebetulan dan kerja keras individu itu seperti mana yang ditunjukkan Wan Azizah dan Nurul Izzah. Kenyataan PAS itu seolah-olah mengikut telunjuk Anwar Ibrahim kerana mengiyakan kabinet keluarga dalam Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang.

Manakala, bagi Pengerusi DAP, Karpal Singh pula menjelaskan amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga dalam Pakatan Pembangkang tidak perlu dibimbangi kerana setiap anak pemimpin ada hak untuk menceburi bidang politik. Ini merujuk kepada ‘kejayaan’ kepimpinan anak-beranak DAP seperti yang ditunjukkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Kenyataan ini menyokong perlantikan Nurul Izzah ke jawatan Menteri Wilayah Persekutuan seperti mana yang dinyatakan dalam Kabinet Bayangan.

Sebelum ini, Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim sangat menentang keras amalan nepotisme dalam BN khususnya dalam kempen PRN Sarawak Ke-10 dengan menyamakan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak dan anaknya. Sebaliknya, Anwar Ibrahim sendiri yang 'cakap tak serupa bikin, apabila mempraktikan amalan tersebut.

Apakah Pakatan Pembangkang sudah ketandusan pemimpin sehingga sanggup menamakan anak beranak dalam Kabinet Bayangan jika benar mengamalkan CAT atau ketelusan dalam pentadbiran mereka? Ini menggambarkan bahawa Pakatan Pembangkang sudah kehilangan asas untuk membentuk pentadbiran kukuh.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger