Thursday, October 18, 2012

TONY PUA BACUL



Atas desakan keterlaluan dengan mengusulkan pemotongan gaji sebanyak RM10 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas dakwaan salah guna kuasa dan memfailkan dakwaan ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd dan SUARAM dalam kesalahan beberapa kes, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendapat gelaran “bacul”.

Tony Pua berasa tidak puas hati dengan hanya dakwaan ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd dan SUARAM. Dakwaan Tony Pua itu tidak berasas dan hanya mahu mengelirukan rakyat.

Ismail Sabri yang menafikan bahawa beliau memilih dalam memfailkan pendakwaan terhadap mana-mana syarikat, menegaskan dalam tempoh setahun terdapat lebih 200 syarikat yang diambil tindakan dan Suara Inisiatif hanya merupakan satu daripadanya.

Apa saja kes yang melanggar peraturan dalam Akta Syarikat 1965 akan disiasat dan diambil tindakan.

Ismail juga mencabar Tony Pua untuk berjumpa dengannya bagi mendapatkan gambaran jelas secara bersemuka. Jangan hanya berani di Dewan Rakyat di hadapan rakan-rakan Pakatan Pembangkang.

Tuduhan Tony Pua bahawa Ismail Sabri memfailkan dakwaan ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd dan SUARAM hanya untuk kepentingan politik BN adalah tidak berasas. Sesiapa yang melanggar peraturan seperti Suara Inisiatif Sdn Bhd dan SUARAM akan dikenakan tindakan tanpa mengira di pihak BN atau tidak. Yang salah tetap salah. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger