Thursday, October 11, 2012

TONY PUA BIDAS NASHARUDIN: DAP BERDOA JADIKAN MALAYSIA NEGARA KRISTIAN



Hanya kerana kenyataan ‘DAP berdoa untuk menjadikan Malaysia negara Kristian’, Ketua Penerangan DAP, Tony Pua membidas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa pemimpin PAS itu tiada semangat Pakatan.

Tony Pua berang dengan kenyataan Nasharudin itu yang sengaja diadakan bagi tujuan mencalar imej dan nama DAP yang selama ini anti-Islam. Tegas Tony Pua lagi, DAP bukan parti berasaskan agama sebaliknya berasaskan liberal dan kesamarataan. Majoriti ahli dalam DAP bukan Kristian.

Selain Tony Pua, pemimpin PAS yang berfahaman liberal, Khalid Samad juga menemplak Nasharudin sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian yang boleh menggugat hubungan di antara parti komponen Pakatan Pembangkang.

Tindakan pemimpin PAS di Selangor yang hanya mendiamkan diri dalam kes memurtadkan umat Islam Selangor sebelum ini membuktikan PAS telah tunduk dengan DAP walaupun ianya berkaitan agama. Akibat insiden itu juga, Dr. Hassan Ali telah dipecat PAS akibat tindakan drastiknya dalam menyelesaikan isu itu sehingga membelakangkan suara majoriti Pakatan Pembangkang dan DAP.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger