Sunday, November 18, 2012

ABDUL HADI AWANG RELA JADI ‘KHADAM’ PAK TURUT?



Isu jawatan Perdana Menteri kini hangat diperkatakan. Desakan perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat yang mahukan Presiden PAS menjadi dan menjawat jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang menang PRU-13 kini menjadi bualan hangat PAS. Ini pastinya tidak disukai Anwar Ibrahim yang selama ini bercita-cita menjawat jawatan nombor satu itu.

Walau didesak perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Abdul Hadi Awang membuat kenyataan yang mendukacitakan ahli-ahli PAS. Apakah Abdul Hadi Awang takut kepada Anwar Ibrahim atau mahu main tarik tali dalam isu ini?

Tegas Abdul Hadi Awangm beliau lebih rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.

Perbezaan pendapat antara pemimpin DAP dan pemimpin PAS dalam isu Perdana Menteri menjadi suatu episod terbaru Pakatan Pembangkang. Ketidaksepakatan pemimpin-pemimpin ini memperlihatkan hubungan mereka dalam Pakatan Pembangkang hanyalah sandiwara dan lakonan semata-mata.

Jika benar mereka sepakat, isu jawatan Perdana Menteri ini tidak akan timbul dan menjadi isu kepada Pakatan Pembangkang. 

1 komen:

  1. Sebenar nya bukan apa jadi mb terengganu pon tak mampu ni kan pula nak memerentah malaysia,jadi aku nasihat puak2 pas ni lebih baik jangan berangan nak kePUTRJAYA lebih sokong Umno daripada jadi pak turut DAP dan Pkr tu.Memang kamu tak mampu nak mentadbir negara. Sekejame BN ada juga orang melayu dapat pi belajar tinggi2,jadi doktor ,peguam dan pelbagai lagi.Dan ada lagi puak pas kata BN kejam tapi cari makan dengan projek kerajaan tak ke tak tau malu.Sedar la sikit kalau tak BN orang melayu tak kemana.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger