Thursday, November 15, 2012

AGENDA PAS HANYA UNTUK MUSNAHKAN UMNO



Dewan Ulama PAS dalam Muktamar PAS Ke-58 yang sedang berlangsung ini menganggap usaha menggulingkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lebih besar berbanding isu kebebasan beragama di kalangan orang Melayu yang dibangkitkan oleh seorang pemimpin PKR.

Lihatlah, bagaimana PAS kini tidak lagi mementingkan perjuangan Islam sebaliknya lebih kepada mahu mendapatkan kuasa politik. Lebih malang lagi, perjuangan politiknya itu bukan bersama dengan sesama Islam sebaliknya bersama dengan golongan kafir yang secara terang memerangi Islam (anti-Islam).

Jika rakyat Malaysia dan umat Islam di Malaysia menganggap ucapan Nurul Izzah sangat merbahaya kerana menyokong memurtadkan orang Melayu, tetapi bagi PAS yang meletakkan nama Islam atas nama partinya tidak mahu membincangkan isu ini. Alasannya, isu itu terlalu kecil untuk dibincangkan.

Begitu mudah PAS melabelkan isu Nurul Izzah itu sebagai kecil dan tidak penting sehingga langsung tidak mahu membincangkannya. Manakala, Sultan Selangor dan Sultan Pahang menganggap isu Nurul Izzah ini perlu diselesaikan supaya tidak merebak dan boleh memudaratkan orang Melayu di Malaysia.

Apakah Dewan Ulama PAS pun dikawal Anwar Ibrahim atau kumpulan Anwarisme yang diketahui berada dalam kelompok PAS? Jika ini benar-benar berlaku ternyata PAS dan Dewan Ulama PAS juga kini sudah tidak lagi relevan ke atas perjuangan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia. Selain diperalatkan DAP, PAS juga kini menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim dan PKR dalam survival politik Malaysia.

4 komen:

  1. Muhd Nasir Mesir Said:

    Tenyata sebenar nya perjuangan Pas hanyalah berdasarkan DENGKI DAN SAKIT HATI , Perjuangan Pas sebenar ZERO dah sudah hilang hala tuju..Maka sesungguhnya rugi lah Agama bangsa dan tanahair !!

    ReplyDelete
  2. PAS dah sesat....parti yg dia nak tumbangkan ialah parti BN yg didominasi oleh org melayu dan islam.

    Dalam pakatan rakyat, siapa yg mendominasi? DAP dan PKR.

    PAS jadi pak turut. Jadi balaci mereka...

    Melayu dan islam akan hancur jika pakatan menang..nauzubillah...Allah selamatkan malaysia

    ReplyDelete
  3. Hakikatnya PAS memusnahkan diri mereka sendiri...dan PAS hanya merugikan diri mereka sendiri.

    ABU = Allah Berserta UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar...Tiada yg BENAR melainkan yg BENAR!!!


      -Kebenaran-

      Delete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger