Wednesday, November 7, 2012

AKHIRNYA PAS BERSUARA TAPI ...



Bukan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan bukan juga Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz yang bersuara dan mengkritik kenyataan Nurul Izzah.

Nurul Izzah sebelum ini pernah menyatakan seperti berikut: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna secara sama rata.

Menurut Nik Abdul Abduh, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 Surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Untuk itu, kenyataan Nurul Izzah yang merujuk kepada kenyataannya ...sepatutnya diguna secara sama rata (merujuk kepada orang Melayu) adalah cuba untuk memutarbelikan maksud surah itu tanpa mengambil kira kepada kepentingan orang Melayu.

Nik Abdul Abduh juga menjelaskan sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam dianggap sebagai satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

Seharusnya, seorang yang telah dilahirkan sebagai seorang muslim adalah suatu anugerah daripada Allah S.W.T untuk dirinya. Oleh kerana ia satu anugerah, ia tidak dianggap sebagai paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

Secara tidak langsung, seseorang yang lahir secara Islam tidak berhak untuk menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya.

Nampaknya isu ini semakin mendapat perhatian daripada umat Islam di Malaysia ekoran Nurul Izzah, individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu masih belum memohon maaf. Bahkan, kini mahu membawa kes ini di mahkamah dengan tindakan mahu menyaman media yang dikatakan memutarbelitkan kenyataannya.

Beranikah Nurul Izzah menyaman Malaysiakini, media yang mula-mula sekali menyiarkan kenyataannya sebelum mendapat perhatian daripada media-media lain di Malaysia?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger