Thursday, November 1, 2012

ANWAR IBRAHIM BUANG ANGIN DI DEWAN RAKYAT



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi.

Sebelum itu Anwar Ibrahim begitu galak menuduh kerajaan BN mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabila menganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen).

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) bangkit mempersoal jika benar Anwar Ibrahim menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah.

"Dalam kes Genting Sanyen ini, bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini.

"Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut.

Berang dengan persoalan tersebut Anwar Ibrahim dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS.

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? " kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy.

Melihat Anwar Ibrahim terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni.

"Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita," katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid Samad sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

Ternyata pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya Ketua Pembangkang sendiri mengamalkan kronisme dan calap tidak serupa bikin. 

2 komen:

  1. KALAU KESALAHAN KERAJAAN DAHULU YG DIANGGAP TIDAK TEPAT TERUS DILAKSANAKAN DAN SERING DIJADIKAN ALASAN MUDAH UTK MELEPASKAAN DIRI, APA GUNA KERAJAAN DITUKAR? RAKYAT SANGGUP MENUKAR KERAJAAN DENGAN HARAPAN MENDAPAT PERKHIDMATAN TERBAIK,BUKAN ALASAN KERAJAAN DAHULU PUNYA KERJA.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya bukan tukar kerajaan..tetapi tukar yg tak elok kpd elok...ada mcm2 kaedah boleh kita lakukan utk perbaiki yg tak elok kpd elokkan..yg tak jernih kpd menjernihkan..muafakat,bawak bincang..
    tapi jika bincang dgn org yg mmg dah gila kuasa..cakap apa pun..dia kan putar..itu namanya si pemutar alam..org mcm ni..tak perlu layan dgn kerenah dia..sbb dia berckp guna hati yg gelap..yg tidak berlandaskan hukum....

    awal2 lagi patutnya kita dah tolak...skrg peranan kita tolak dan buang jauh2..usah termakan pujuk raya pengkhianat bangsa dan agama tu..nauzubillah min zalik...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger