Friday, November 23, 2012

ANWAR IBRAHIM DIHALAU MENTERI LUAR AUSTRALIA



Hasrat Anwar Ibrahim untuk meminta simpati Kerajaan Australia menjelang PRU-13 akan datang tidak menjadi kenyataan apabila permintaan Anwar itu telah ditolak mentah-mentah oleh Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr.

Menurut Menteri Luar Australia, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri. Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjumpa dengan Carr dan mengadu secara peribadi tentang perjalanan pilihan raya.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata, Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.

Anwar Ibrahim bimbang jika PRU-13 kali ini Pakatan Pembangkang tidak dapat menang dan sama sekali menghancurkan harapannya untuk menjadi Perdana Menteri biarpun ketika ini sedang mengalami pergolakan dalam memilih calon Perdana Menteri di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang. 

1 komen:

  1. PAS main do'a K.O., PKR nyangak dengan orang luar, DAP cam ne 'o?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger