Friday, November 2, 2012

APA KAITAN DR BADRULAMIN DAN AL-ARQAM?



Seakan-akan cuba mengembalikan zaman kegemilangan Al-Arqam, satu perhimpunan ajaran sesat 'Aurad Muhammadiah' dengan cuba menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam di Bandar Country Homes. Berselindung di sebalik Majlis Kenduri Mega dan Doa Selamat yang dipercayai melanggar Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Bagaimanapun serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dibuat kira-kira 10.30 malam itu telah dihalang oleh beberapa staf dan kakitangan penganjur. Serbuan itu juga mendapat kecaman Pakatan Pembangkang di mana salah seorang pemimpinnya, Dr Badrulamin Baharon yang juga Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan PKR atau lebih dikenali sebagai Dr Kaunseling 3.00 pagi. Pemimpin itu sebelum ini telah ditangkap berkhalwat bersama isteri orang jam 3.00 pagi di sebuah hotel di mana ketika ini Dr. Badrulamin masih bertuala.

Majlis Kenduri Mega dan Doa Selamat ini diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd dalam memperingati Milad Abuya Syeikh Imam Muhammad AtTamimi. Majlis yang dijangka dihadiri seramai 5,000 orang, tetapi hanya dihadiri 3,500 orang.

Susulan daripada serbuan itu yang dipercayai mahu menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam, berdasarkan sambutan tersebut yang diadakan bagi memperingati pengasasnya Allahyarham Ashaari Muhammad. Jangkaan itu ada kebenarannya apabila Timbalan Pengarah Perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, perhimpunan diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Ashaari Muhammad bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib".

Jamaah Aurad Muhammadiah telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Gerakan itu diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Ashaari meninggal dunia pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru.

2 komen:

  1. Mmmmm, memang dari dulu dah mcm ni. Mereka dh brkembang di luar negara dah lama dah bahkan hampir/sudah takluk mekah. Siapa yang sesat agaknya. Jemaah Abuyah makin ditekan, makin kuat. Apakah ini? Apakah Allah pembela bagi yg haq?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Ust. Badrulamin Bahron dan lain2 dibebaskan tanpa pertuduhan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pagi tadi berikutan kes tangkapan semasa program Global Ikhwan. Hanya seorang sahaja penganjur didakwa bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Aqram dan mengaku tak bersalah.

    Menariknya, sedikit teguran Hakim kepada Pegawai Penguatkuasa Agama yang melakukan tangkapan pada malam tersebut: "Kenapa tak siasat dulu baru tangkap?". Amekawwww, suka hati nak tangkap orang kan~ ;)

    Heh, tak sabar nak tengok berita media massa esok lapor apa, haritu bukan main kata Ustaz terlibat dengan Global Ikhwan, ahli Arqam bagai.

    Hmmm, kes tuduhan khalwat dengan bini orang di Kuantan pulak bila nak start dakwa? Sonyap je. Entahler, whatever~

    Semoga yang benar terus diangkat sebagai benar. Ini kalilah!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger