Sunday, November 11, 2012

APAKAH ORANG ISLAM BOLEH TUKAR AGAMA SESUKA HATI?



Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah itu bukan sahaja melukakan hati umat Islam dan orang Melayu di Malaysia tetapi juga bersifat bodoh dan melampau, tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebagai orang Melayu yang mana keturunannya beragama Islam seperti mana yang telah termaktub dalam al-Quran dan Perlembagaan Malaysia, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati. Manakala, orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Apakah sebenarnya yang dimahukan Nurul Izzah sehingga mahukan kebebasan dalam beragama dan berpolitik sampai tiada had? Apakah ibu bapa Nurul Izzah tidak pernah mengajarnya tentang tanggungjawab seorang muslimah?

Sepanjang pembentukan Malaysia yang diperintah Barisan Nasional, kerajaan tidak pernah memaksa rakyatnya untuk menganut agama Islam. Bahkan, seperti mana termaktub dalam Perlembagaan, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam diberi kebebasan untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Sehingga kini negara luar telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mempunyai majoriti rakyat beragama Islam.



Kenyataan Nurul Izzah yang dipetik Malaysiakini versi Bahasa Inggeris yang ditulis Nigel Aw dan disiarkan 3 November 2012 ditulis sebegini:

“When you ask me, there is no compulsion in religion... how can anymore say sorry, this (relgious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally.”

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger