Thursday, November 1, 2012

BAGINDA SULTAN SELANGOR MURKA KEPADA KERAJAAN SELANGOR



Kewujudan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah bertujuan dan dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu. Atas sebab itu tidak hairanlah Sultan Selangor teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS yang kini terumbang-ambing akibat daripada keputusan Kerajaan Selangor pimpinan PKR yang mahu menjual aset-aset milik PKNS.

Sejak puluhan tahun dahulu, ketika ramai orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS. Tidak cukup dengan rumah dan flat-flat kediaman, disediakan juga ruang niaga dan bangunan bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan.

Kesan daripada limpahan kejayaan PKNS, maka membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor dengan rumah-rumah PKNS didirikan di sekitarnya. Justeru, tidak hairanlah ramai orang Melayu yang menjadi penghuni majoriti Shah Alam.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan juga PKNS di bawah Barisan Nasional. Juga, tiada kedengaran kekecohan yang melibatkan tanah-tanah dan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor (YS).

Namun, semua itu sudah berakhir sejak pengambilalihan pemerintahan Kerajaan Pakatan Pembangkang dalam PRU-12. Semua itu atas dan kehendak rakyat Selangor yang mahukan perubahan. Seperti kata pepatah, langit tidak semestinya cerah hingga ke petang.

Semenjak pemerintahan Kerajaan Pakatan Pembangkang di mana Menteri Besarnya orang Melayu tetapi kuasa mutlaknya terletak kepada pemimpin DAP yang berketurunan Cina. PAS pula hanya menang berceramah dan bersorak. Akibatnya, Selangor kini dikesan sebagai negeri yang paling banyak mempunyai rumah urut dan kelab malam. Pertambahan berganda ini adalah susulan daripada dasar Kerajaan Pakatan yang diterajui DAP yang mahukan kuasa orang Melayu di Selangor dikikis sedikit demi sedikit.


Jika Khalid Ibrahim menafikan perkara di atas, lihat bagaimana liciknya pemimpin DAP yang sengaja diletakkan di dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC (Pusat Konvensyen Shah Alam) dan dalam beberapa entiti lain. Apakah tujuan sebenar DAP berada dalam lembaga itu jika tidak berkepentingan?

Tidak hairanlah PKNS yang selama ini menjadi kekuatan Melayu kini telah mula hilang taringnya. Campur tangan bukan Melayu dalam pentadbiran dan aset orang Melayu akan menenggelamkan kuasa orang Melayu yang dahuluya dijaga rapi.

Atas rasa keterbetanggungjawaban KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular dipanggil sebagai OO, untuk menghadapnya. Semua ini bertujuan mahu mendengar sendiri penjelasan PKNS dan menasihati Kerajaan Selangor yang kini telah tergelincir jauh dalam menjaga kebajikan rakyat Selangor.


Bagi memelihara kuasa dan maruah orang Melayu, baginda Sultan Selangor menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku al-Sultan. OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!

Tidak sampai sehari, akhbar orang Melayu dan selama ini mempertahankan orang Melayu telah membongkar bagaimana 5 aset PKNS akan dijual. Antara aset PKNS yang akan dijual itu (telah dijual) ialah Kompleks PKNS di Shah Alam dengan harga RM85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Jualan set PKNS tidak terhenti di situ saja. Khabar yang kurang enak mendapati Kerajaan Selangor yang dibawah naungan DAP mahu kesemua aset-aset PKNS dijual! Menjadi dasar DAP yang tidak mahu melihat orang Melayu mempunyai harta dan kekayaan.

Di manakah kenyataan OO kata semuanya OK, kini KO pula?

Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu.

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? Siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu sudah tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. Benarkan ia akan dijual kepada Private Real Estate Company (PREC).

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger