Monday, November 19, 2012

BANCIAN SINAR ONLINE: ANWAR IBRAHIM LAYAK JADI PM



Jika Pakatan Pembangkang berjaya memenangi PRU-13, Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri, demikian menurut bancian Sinar Online sebagai mengakhiri konflik Siapa Bakal Perdana Menteri Malaysia Pakatan Pembangkang.

Daripada 1,139 pengnjung, hanya 54 peratus pengundi memilih Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Ini disusuli dengan 34 peratus memihak kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berdasarkan perkembangan semalam, kedua-dua Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang membuat kenyataan media bahawa PAS dan PKR nekad untuk mempertahankan calon masing-masing biarpun DAP memihak kepada Anwar Ibrahim.

Idea supaya Abdul Hadi Awang layak menjadi Perdana Menteri dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama kelmarin. Ia sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama semalam dan turut mendapat sokongan Dewan Muslimat semalam.

Walaupun Anwar Ibrahim sebelum ini selesa dikatakan calon Perdana Menteri, tetapi kini perwakilan PAS mula melihat akhlak dan akidah calon Perdana Menteri sebagai kriteria utama. Atas sebab itu Anwar Ibrahim ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri oleh Dewan Ulama PAS.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger