Friday, November 16, 2012

BERANIKAH ANWAR IBRAHIM MENGKRITIK LIM GUAN ENG?



Apakah tindakan Anwar Ibrahim mengkritik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor hanya bersifat lakonan? Beranikah Anwar Ibrahim terhadap ‘tokong’ Lim Guan Eng? Atau ini hanya sandiwara politik untuk menarik perhatian terhadap CAT yang dilaungkan Kerajaan Pulau Pinang?

Mengkritik atau sekadar lakonan! Apakah dengan mengkritik akan menyelesaikan masalah? Sedangkan rumah warga emas itu sudahpun diroboh?

Pada Khamis lepas, MPPP telah merobohkan rumah seorang warga emas milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan. Biarpun arahan untuk tidak berbuat demikian telah dikeluarkan Kerajaan Pulau Pinang. Difahamkan kuasa MPPP di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tegas Anwar Ibrahim, sekiranya ada ahli MPPP daripada kalangan Pakatan Pembangkang yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat. Difahamkan juga ahli MPPP terdiri daripada kalangan ahli Pakatan Pembangkang. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger