Tuesday, November 20, 2012

CALON PM BUKAN ANWAR BUKAN HADI AWANG TAPI...



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Pembangkang agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang berjaya mentadbir negara. Itupun jika mereka menang PRU-13 nanti.

“Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis.

Pakatan Pembangkang kini bercelaru dalam memilih calon Perdana Menteri biarpun PRU-13 tidak lama lagi. Rakyat boleh melihat sendiri sikap pemimpin pembangkang yang sudah berebut-rebut jawatan sebelum berjaya menguasai kerusi di Parlimen. Masing-masing mahu mempertaruhkan calon daripada parti masing-masing untuk jadi Perdana Menteri.

Dahulunya Anwar Ibrahim begitu selesa sebagai calon tunggal, tetapi kini Anwar mula berasa gelisah apabila PAS yang mempunyai ahli yang ramai di kalangan komponen Pakatan Pembangkang menyuarakan kebimbangan mereka jika Ketua Umum PKR itu diangkat menjadi Perdana Menteri dengan mencalonkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Pembangkang.

“Inilah yang kita lihat belum jadi kerajaan dah berebut-rebut dah. Bukan sahaja Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), bukan sahaja Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Karpal Sigh pun nak jadi Perdana Menteri jugak,” katanya.

Bagaimanapun, DAP dengan tegasnya mengulangi pendirian mereka mahukan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika PR memerintah.

“Ini adalah pilihan sepakat bagi ketiga-tiga parti, bahawa jika Pakatan Rakyat menang, Anwar yang akan menjadi perdana menteri,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu , Dr Mahathir berkata DAP, mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu, oleh kerana itu mereka beriya-iya mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Dia nak orang Melayu percaya pada DAP, kerana pemimpin DAP tidak ada orang Melayu, yang ada sudah lari keluar. Jadi dia nak Melayu punya sokongan, sebab itu dia nak orang Melayu jadi PM, jadi orang Melayu merasa legalah orang Melayu jadi PM.

“Tetapi, nanti jadi seperti di Perak, bila Nizar (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) jadi Menteri Besar, dia duduk di bawah telunjuk DAP, sebab itu dia bagi tanah, kita tentukan dasar tanah tidak boleh bagi lebih daripada 99 tahun tapi dia bagi sampai kiamat,” katanya.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger