Thursday, November 29, 2012

CHONG CHIENG JEN CUBA PROVOK PEHN SRI TAIB MAHMUD



Celahan ADUN (DAP-Kota Sentosa), Chong Chieng Jen di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada hari terakhir persidangan semasa penggulungan Bajet 2013 oleh Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Kewangan, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mendapat layanan yang sewajarnya.

“Tidak menjadi masalah Tuan Speaker (untuk saya memberi penjelasan)… Ini adalah amalan dalam semua bajet (negeri) yang diluluskan sebelum ini, malah sebelum Yang Berhormat (Kota Sentosa) dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri lagi.

“Kerajaan menggunakan kaedah sama, semua ini ada berkaitan peruntukan kewangan, cara pengagihannya bergantung kepada program, kelulusan Jabatan Kewangan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri,” jelasnya.

Taib menambah, agensi-agensi bakal menerima peruntukan itu belum ditentukan lagi kerana Dewan hanya meluluskan cadangan Belanjawan 2013 bukannya cadangan projek.

“Jangan bercakap secara umum tanpa melihat semua rekod kerajaan dan keperincian bagaimana sesuatu projek itu diperuntukkan. Jika tidak anda bercakap sembarangan.

“Anda harus tanya apa projek khusus dilakukan dan jika tidak, saya akan mengatakan anda bercakap secara umum kerana anda tidak tahu apa-apa… Maaf kerana saya perlu mengatakan begitu,” ujarnya.

Ini bagi menjawab soalan ADUN DAP itu mengenai senarai agensi kerajaan yang menerima agihan peruntukan tersebut ketika sesi penggulungan ucapan pada persidangan DUN semalam.

Manakala, selepas berakhirnya sidang DUN Sarawak semalam, wartawan terus mengerumi Chong Chieng Jen bagi mendapatkan penjelasan berhubung soalan yang diberikannya itu seolah-olah mahu membuat provokasi ke atas ucapan penggulungan Ketua Menteri Sarawak.

Reaksi Chong Chieng Jen hanya senyum dan ramai wartawan percaya soalan itu sengaja dilakukan bagi menganggu ucapan penggulungan berhubung Bajet 2013 Negeri Sarawak. 

1 komen:

  1. He's a novice. He doesn't bite. Kalau kita samakan dengan se ekor anjing, menyalak pun tak reti lagi. Hairan - kenapa kaum Cina Kuching Swak sanggup mengundi calon seperti ini demi DAP? I am sure countrymen from SUPP are more experienced, clever and intelligent.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger