Thursday, November 29, 2012

DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK LULUSKAN BAJET 2013 TANPA SEBARANG BANTAHAN



Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Belanjawan Negeri 2013 yang bernilai RM4.9 bilion setelah dibaca buat kali ketiga oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Menteri Kewangan Negeri.

Ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2013 pada 19 November lepas (hari pertama Persidangan DUN), Taib memberitahu daripada RM4.9 bilion sejumlah RM3.4 bilion atau 69 peratus untuk perbelanjaan pembangunan manakala RM1.5 bilion lagi (31 peratus) untuk perbelanjaan operasi.

Dalam usaha Sarawak mencapai lebih banyak pembangunan yang seimbang dan luas serta menyokong pertumbuhan ekonomi, Belanjawan 2013 juga memfokus kepada objektif-objektif juga strategi-strategi utama seperti menyediakan peruntukan mencukupi bagi pelaksanaan semua projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

1 komen:

  1. Moga memberikan faedah kepada rakyat. Jangan lupa kemudahan asas di Pulau Bruit

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger