Sunday, November 4, 2012

DR BADROLAMIN KECEWA BILA DR ABDUL AZIZ BARI JADI PILIHAN ANWAR IBRAHIM



Walaupun telah banyak kali Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Dr. Badrolamin berjasa dan berkhidmat dengan Anwar Ibrahim hingga sanggup membela dan membersihkan nama Anwar Ibrahim sewaktu menghadapi tuduhan meliwat dan video seks Anwar Ibrahim bersama Chinadoll. Semua ini dengan harapan akan dapat dicalonkan pada PRU-13 akan datang.

Seperti kata pepatah, mendung tidak akan sampai ke petang kerana tiba-tiba hujan di tengahari. Inilah nasib yang dihadapi Dr. Badrolamin yang selama ini mengimpikan akan dicalonkan di Parlimen Sabak Bernam. Sebelum ini tiada nama lain yang menjadi pilihan Anwar Ibrahim dan PKR melainkan Ketua Cabang PKR itu sehinggalah ketibaan Dr. Abdul Aziz Bari yang merupakan bekas pensyarah UIA.

Parlimen Sabak Bernam sebelum ini telah disandang oleh pemimpin BN, Abdul Rahman Bakri yang berjaya mengalahkan PKR dalam PRU 2008. Dan kini, dengan pencalonan Dr. Abdul Aziz Bari yang menjadi pilihan Anwar Ibrahim diharap mampu merampas kembali kerusi Parlimen Sabak Bernam itu daripada BN. Keyakinan ini ditunjukkan dengan pencalonan Dr. Abdul Aziz Bari yang mempunyai ketokohan dan dikatakan dipengaruhi faktor ketokohan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pencalonan Dr. Abdul Aziz Bari bagaimanapun telah diketahui awal apabila bakal calon itu kerap kali mengadakan ceramah di Parlimen Sabak Bernam berbanding calon yang disebut sebelum ini Dr. Badrolamin. Mengambil contoh di Bagan Terap sewaktu mengadakan ceramah, Dr. Abdul Aziz Bari tanpa segan silu menyerang pemimpin BN.

Ketika sibuk bercakap mengenai calon pilihan Anwar Ibrahim itu, Dr. Badrolamin enggan memberikan sebarang komen. Malah, menerusi lenggok badan dan cara perjumpaannya dengan wartawan mendapati beliau sangat kecewa dengan keputusan Anwar Ibrahim.


Bagaimana Dr. Abdul Aziz Bari boleh tercalon di Parlimen Sabak Bernam sedangkan beliau seorang yang baru dalam politik. Selayaknya, Dr. Badrolamin yang layak kerana mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam politik. Apakah disebabkan kes khalwatnya di isteri orang di Pahang dulu menjadi penyebab beliau tidak dicalonkan. Jika ini alasannya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak layak untuk bertanding pada PRU-13 kerana mempunyai kes liwat dan khalwat.

Apa pun alasan Anwar Ibrahim ternyata keputusan pemilihan calon Dr. Abdul Aziz Bari adalah satu kesilapan. Dr. Abdul Aziz Bari harus belajar lagi tentang selok belok politik sebelum dicalonkan sebagai calon PKR pada PRU-13. Adalah tidak mustahil Parlimen Sabak Bernam akan sekali lagi menjadi milik BN hanya kerana kesilapan PKR memilih calon yang sesuai. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger