Monday, November 12, 2012

FORUM PAS SELANGOR LULUSKAN 11 RESOLUSI



PAS Selangor telah menganjurkan forum Wacana Mengembalikan PAS ke Landasan Asaldi Kuala Lumpur. Dipercayai penganjuran forum itu tidak mendapat perkenan Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali dan kepimpinan tertinggi PAS. Akibatnya, forum yang diadakan itu tidak diiktiraf PAS meskipun dibuat bagi memperbetulkan akidah dan dasar-dasar perjuangan PAS yang sekarang ini sudah jauh terpesong.

Sesi pertama bertajuk Mengimbau Nostalgia Kegemilangan PAS dibarisi bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Muslim Osman dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha serta moderator Pakar Runding Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali.

Sesi kedua pula bertajuk Merealisasikan Saranan Mengembalikan PAS ke Landasan Asal dibarisi Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad dan pengamal media, Mohd Reza Kamaruddin. Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Shamsuddin Moner bertindak sebagai moderator.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) turut menyampaikan ucapan pada forum sehari itu atas permintaan ramai pihak termasuk ahli-ahli PAS.

Secara keseluruhannya, forum itu telah meluluskan 11 resolusi, yang antara lain turut menyentuh mengenai hubungan PAS dengan DAP dan PKR.

Antara perkara yang disebutkan ialah dalam sistem Tahaluf Siyasi, PAS mesti menjadi parti peneraju bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Turut disentuh, pemimpin PAS tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa sama menghina pimpinan sesama Islam.

PAS turut disarankan untuk mengkaji segera hubungannya dengan DAP dan PKR serta jika perlu mengadakan muktamar khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju PAS untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.

Bagaimanapun, dengan bongkak Mustafa Ali menegaskan PAS tetap akan bersama Pakatan Pembangkang yang turut disertai PKR dan DAP. Malah, resolusi yang dibentangkan itu tidak bermakna buat PAS.

1 komen:

  1. sombong ye!!! sekali ahli2 buat konar baring, tak merasa kamu nk duduk kerusi dun @ mp. nk mcm tu? ingat kamu je boleh mengundi?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger