Friday, November 16, 2012

GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) HANYA TERIMA ELAUN RM70 SEBULAN




Sebelum ini, kepimpinan Pakatan Pembangkang mengkritik kerajaan yang dikatakan mengabai kebajikan guru-guru khususnya guru yang mengajar Pendidikan Islam. Tetapi, hakikatnya PAS yang salah satu komponen Pakatan Pembangkang mengabaikan kebajikan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dinaungi PAS.

Perwakilan muslimat PAS mendedahkan pimpinan parti agar tidak mengabaikan guru-guru PASTI yang rata-ratanya hanya menerima elaun sebanyak RM70 sebulan. Jumlah itu bukan saja dibawah paras kemiskinan bahkan lebih teruk lagi di bawah tahap kemiskinan.

Sepatutnya kepimpinan tertinggi PAS berusaha untuk mendapatkan dana bagi membela nasib guru-guru PASTI yang kini tersepit dengan kekurangan dana.

Menurut perwakilan Muslimat PAS dari Beruas, Perak Norasyikin Hashim, walaupun kerja yang dilakukan guru-guru PASTI dianggap sebagai ‘jihad’, namun keperitan mereka ini wajib diberi perhatian di peringkat kepimpinan tertinggi. Lebih menyedihkan, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pun tidak ada.

Inilah pemimpin PAS yang sibuk berpolitik ke seluruh Malaysia, tetapi mengabaikan kebajikan guru-guru PASTI yang selama ini mendidik anak-anak Islam dengan pendidikan Islam dan meracuni pemikiran anak-anak. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger