Monday, November 26, 2012

HUDUD PAS DI KELANTAN JUGA DIKUATKUASAKAN KE ATAS ORANG BUKAN ISLAM



Isu hudud PAS kini menjadi perhatian menyeluruh rakyat bukan Islam yang berada di Kelantan. Ini kerana PAS bertegas mahu menguatkuasakan perundangan Islam terhadap bukan Islam di negeri ini biarpun ia ditentang oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Keadaan ini membuatkan Pakatan Pembangkang khususnya DAP mahu PAS menilai semula pelaksanaannya terhadap bukan Islam menjelang PRU-13.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan dan demi kebaikan semua.

DAP tidak mahu hanya disebabkan hudud PAS, undi kaum Cina di Kelantan akan memihak kepada BN yang kini dilihat semakin menjadi pilihan masyarakat Cina berbanding PAS. Tindakan terkini PAS terhadap bukan Islam di Kelantan dalam pelaksanaan hukum hudud PAS sangat merisaukan DAP juga PKR yang kini sangat mahukan kemenangan.

Dalam kejadian yang berlaku menyaksikan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang mengeluarkan saman terhadap pemilik salon kerana menggunakan pekerja wanita untuk menggunting rambut pelanggan lelaki biarpun kedua-duanya bukan beragama Islam.

Keadaan ini sangat janggal kepada mereka yang bukan Islam dan ini boleh menjejaskan perniagaan mereka. 

3 komen:

  1. Setiap tindakan yang dibuat oleh pas ada;ah atas kesedaran secara tidak langsung untuk ahli-ahli pas sendiri supaya dalam PRU13 nanti gunakan otak yang diberikan oleh Allah untuk mengundi BN. Ini jelas sifat kesedaran pas timbul apabila banyak perkara-perkara aib yang terpaksa disuci dan dicuci oleh Pok Nik selaku Ketua Mursyidul dimana atas dasar keterpaksaan menyembunyikan setiap perbuatan DAP dan Pkr khususnya Anuar atas nama perpaduan dalam Pakatan.

    Oelh itu kita minta penyokong pa toktok berfikirlah sebelum terlambat.. Berdasarkan analisan dan pemerhatian saya kini saya adalah ahli pas yang akan memberikan undi saya kepada calun BN

    ReplyDelete
  2. ...adakah menlangar syarat perlesen MPKB-BRI itu termasuk hukum Hudud. Hukum Hudud yg diluluskan pada tahun 1993 itu belum digezetkan lagi. Kes gunting rambut bukan muhrim tidak ada.

    ReplyDelete
  3. Burung hud hud ke sana sini,
    Bawa tugasan Nabi Sulaiman;
    Hukum hudud bukannya seni,
    Tidakkan berdiri tanpa keadilan.

    Sayang Sarawak jangan pencilkan,
    Sanak saudara serumpun sebangsa;
    Jangan semberangan doa kemusnahan,
    Memakan sendiri, kemelut jadinya.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger