Tuesday, November 20, 2012

MUKA NI MACAM RASA TIDAK BERSALAH BACA DOA HANCURKAN UMAT ISLAM



Di ketika umat Islam di seluruh dunia berasa tragis dengan kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza, pemimpin PAS di Malaysia yang meletakkan nama Islam di pangkal nama partinya pula mendoakan kehancuran buat sesama Islam di Malaysia. Sepatutnya, pemimpin PAS mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan mendoakan kehancuran rejim Israel yang kini bersukaria membunuh umat Islam di Palestin.

Ramai rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli PAS sendiri yang mengutuk doa yang dibaca oleh adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat di mana doanya itu mengajak ahli-ahli PAS mendoakan kehancuran UMNO dan BN. Apakah Islam mengajar umatnya mendoakan kehancuran ke atas sesama Islam?

Di sebalik kemuncak kemarahan umat Islam terhadap pemimpin PAS itu, Nik Razi individu yang bertanggungjawab membacakan doa kehancuran UMNO dan BN mahu semua pihak menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.

“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.

Cukup senang dan mudah Nik Razi meminta rakyat Malaysia melupakan insiden itu yang disifatkan memalukan Islam di hadapan penganut agama lain di Malaysia. Disebabkan politik, PAS sanggup ‘membunuh’ rakan seagamanya. Apakah ini yang dimahukan DAP yang dikatakan gembira dengan situasi sekarang?

Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.

3 komen:

  1. Aku rasa dulu Nik Mat ni kalau nak main mesti tak baca doa, tu yang dapat 2 nak perangai mcm setan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anon, perangai abang ngan adik sama jer, Celaka punya orang

      Delete
  2. Alamak,kes mencarut lagi lah pulak.. bn k.o,k.o bn.. giler!lawakk lawakkk.. hahaha haktuiii!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger