Monday, November 26, 2012

NGO’s LUAR NEGARA DALANGI PEMBANTAHAN DALAM PEMBINAAN EMPANGAN HIDROELEKTRIK DI SARAWAK



Simpanan minyak sebagai sumber asli suatu hari nanti akan habis jua sekiranya tiada langkah-langkah untuk menanganinya dengan mencari alternatif lain bermula pada masa sekarang. Tiada sebarang jaminan bahawa sumber minyak akan dapat menampung keperluan rakyat Sarawak dalam tempoh yang lama khususnya dalam menjana tenaga elektrik di Sarawak.

Sebagai kerajaan yang berwawasan dan berpandangan jauh, Kerajaan Negeri Sarawak merancang membina empangan hidroelektrik bagi mengatasi permasalahan kekurangan bekalan minyak suatu hari nanti. Ini juga untuk keperluan rakyat Sarawak yang kini menjadi suatu kewajipan khususnya dalam penyaluran bekalan elektrik di seluruh Sarawak.

Rakyat Sarawak amat bertuah kerana geografinya di kelilingi sungai yang mengalir deras. Bagi memanfaatkannya, Kerajaan Negeri Sarawak bercadang membina empangan hidroelektrik dalam memastikan penduduknya merasai pembangunan yang dibawa kerajaan atas rasa kemakmuran sejagat.

Namun begitu, terdapat halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi Kerajaan Negeri Sarawak. Ini berikutan bantahan daripada penduduk-penduduk di kawasan yang terlibat akibat kesan pengaruh NGO’s luar yang menentang pembinaan empangan hidroelektrik. Mereka (NGO’s) ini tidak melihat keperluan jangka masa panjang bahkan tidak mahu melihat negeri ini maju seperti mana yang dimahukan rakyat.

Apakah NGO’s seperti Bruno Manser benar-benar mengambil berat tentang masalah di Sarawak? Menggunakan alasan sebagai pejuang hutan tropika untuk meraih sumbangan berjuta-juta dollar daripada pelbagai pihak, tetapi apabila sudah mendapat bantuan kewangan Bruno Manser ini hilang entah ke mana dan rakyat Sarawak yang cuba dilindungi terkapai-kapai mencari bantuan. Inilah dia permainan NGO’s.

Menggunakan alasan pelik seperti kemusnahan hutan dan tidak diberikan pampasan adalah tidak masuk akal. Bercakap soal pampasan, Kerajaan Negeri Sarawak komited mengotakan janji-janjinya untuk memberikan pampasan yang sewajarnya bagi memastikan kebajikan penduduk tidak terabai. Sekiranya tidak berpuashati dengan jumlah pampasan yang diterima, mereka yang terlibat boleh merayu mengikut undang-undang.

Manakala, penempatan baru juga diusahakan bagi memastikan penduduk yang terlibat akan dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Ini bersesuaian dengan keperluan semasa.


Menyentuh mengenai kemusnahan alam sekitar seperti yang diuar-uarkan NGO’s dan Pembangkang, Kerajaan Negeri Sarawak membina empangan hidroelektrik ini berdasarkan peraturan dan kajian alam sekitar sebelum memutuskan kesesuaian pembinaan empangan hidroelektrik ini. Tidak ada kerajaan di dalam dunia ini mahu melihat rakyatnya menderita lebih-lebih lagi di Sarawak.

Pada hakikatnya, mereka yang terlibat dalam pembinaan empangan hidroelektrik ini bersetuju dengan pembinaan empangan hidroelektrik tetapi atas sebab politik, pembangkang mengunakan peluang ini untuk mempengaruhi mereka yang terlibat dengan menentang usaha kerajaan dan meminta pampasan melampaui keraguan.

Selain NGO’s luar, ada juga NGO’s dalam yang bersekongkol sebagai tali barut mahu menghancurkan negeri ini dengan perbuatan rakus mereka. Orang seperti ini boleh dianggap sebagai penderhaka, pengkhianat dan penjahat yang hilang akal. Seperti kata pepatah, orang seperti ini mulut dia lebih cepat dari otak... malah beruk di hutan pun tidak sejahat ini.

Tanggapan pembangkang mengatakan Kerajaan Negeri Sarawak ‘merompak’ tanah NCR sesuka hati untuk pembinaan empangan hidroelektrik adalah dakwaan yang tidak berasas. Berpandukan undang-undang, banyak usaha dan inisiatif telah dijalankan Kerajaan Negeri Sarawak bagi mengadakan rundingan dan berbincang berhubung masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, usaha Kerajaan Negeri Sarawak ini tidak diiktiraf kumpulan NGO’s tempatan dan orang luar yang sebenarnya tidak ikhlas membantu. Mereka hanya mahu memastikan visi dan misi NGO’s mereka tercapai dalam memburukkan Kerajaan.

Inilah tujuan sebenar pembangkang yang suka mengambil peluang seperti ini unduk menjadi hero. Hakikatnya mereka mahu menjadikan isu ini untuk menarik perhatian penduduk yang kebiasaannya terpengaruh dengan dakyah mereka. 

1 komen:

  1. X faham knapa Kerajaan Malaysia ni terlalu berlembut dgn orang asing....puas nak cari jawapan

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger