Monday, November 19, 2012

NIK AZIZ ‘DATUK’ SEGALA FITNAH



Sama ada sudah nyayuk atau lupa diri, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mendakwa UMNO sebagai murtad. Tindakan Nik Aziz itu bukan saja memalukan PAS sebagai parti Islam, tetapi juga sebagai satu fitnah kepada umat Islam secara keseluruhannya di Malaysia.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempersoalkan PAS bahawa atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota UMNO juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.

Apakah pemimpin dan ahli-ahli PAS Islamnya tanpa mengucap dua kalimah syahadah?

Tindakan mendoakan kehancuran umat Islam demi kepentingan politik seperti mana yang dilakukan PAS, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam.
  
Beliau berkata perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.
  
Katanya dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur.

"Macam mana dia (Nik Aziz) tuduh orang UMNO semua sekali itu murtad. Apa maksud murtad yang dia kata, kalau bersekongkol dengan kafir Harbi yang terang-terang menentang Islam itu adalah kafir," katanya.
  
Persahabatan PAS bersama dengan kafir DAP dan PKR itu melihat PAS bukan sahaja dipermainkan sebegitu rupa oleh musuh Islam itu, tetapi juga tidak sedar akan bencana yang akan diperolehinya jika Pakatan Pembangkang menang dan Islam tergadai.

1 komen:

  1. Utusan lidah rasmi umno adalah bapa segala fitnah ya allah hancurkan utusan malaysia

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger