Tuesday, November 6, 2012

NIK AZIZ SEDIA DITENTANG DALAM PRU-13



Jika sebelum ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mahu bertanding di Parlimen Pekan bagi menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam PRU-13, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz pula bersedia ditentang BN dan mana-mana ahli-ahli PAS yang tidak menyokongnya selama ini.

Walaupun beberapa kali masuk hospital akibat masalah kesihatan yang serius hingga menyebabkan perkhidmatannya kepada rakyat terganggu, Nik Aziz tetap mahu bertanding dalam PRU-13. Sebelum ini ramai di kalangan penyokong Nik Aziz dan ahli-ahli PAS mahukan Nik Aziz berundur bagi memberikan ruang dan peluang kepada generasi mudah untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan.

Hidup mati Nik Aziz dalam politik. Ini ditekankan Nik Aziz yang mengatakan Malaysia mengamalkan demokrasi dan sesiapa saja boleh bertanding. Menurut Nik Aziz, “Tak dok apo (tak ada apa), negara ini demokrasi. Bagi duit ambil, bagi lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pakoh (pangkah) PAS.

Dahulunya, ramai di kalangan ahli parti BN tidak mahu mencabar Nik Aziz disebabkan beliau mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tetapi, kini Nik Aziz yang juga manusia biasa dan ada dosa dan pahalanya, maka ramai di kalangan ahli parti BN dijangka mahu berhadapan dengan Nik Aziz seperti mana yang ditegaskannya bahawa ini negara demokrasi.

Nik Aziz yang didesak untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan diminta untuk berehat dan menjaga cucu bagaimanapun tidak mahu berbuat demikian. Atas sebab itu beliau tidak mempunyai halangan untuk bertanding dan berhadapan dengan mana-mana calon BN. Terdahulu, Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang menyatakan kesanggupan untuk menentang Mursyidul Am PAS itu pada PRU13 walau di kerusi Parlimen sekalipun.

Apakah Nik Aziz bersedia untuk menerima kekalahan dalam PRU-13 yang mungkin terakhir baginya buat selama-lamanya?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger