Saturday, November 24, 2012

NIK AZIZ SEMAKIN NYAYUK HALALKAN DOA K.O KEPADA UMNO



Walaupun diasak pelbagai macam cara di atas keceluparan doa yang disampaikan adiknya Nik Razi Nik Mat baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz tetap mempertahankan doa tersebut.

Dengan nada tegas, Nik Aziz mendakwa doa 'UMNO K.O.' yang dibacakan adiknya Nik Razi baru-baru ini bermaksud supaya parti itu atau lebih tepat BN kalah dalam pilihan raya umum.

Beliau mendakwa, ramai pihak khususnya pemimpin UMNO tersilap sangka kerana tidak faham ajaran Islam serta tidak membaca dan menghayati al-Quran.

"Sekarang orang sibuk memperkatakan doa UMNO K.O., mereka ingat kita berdoa supaya Allah turunkan bala macam banjir dan sebagainya.

"Kalau minta turun bala begitu, bukan mereka sahaja yang mati, kita pun akan mati juga, maksud doa itu agar rakyat tidak beri undi mereka (kepada BN), maka akan selesai, habislah UMNO.

Nik Razi sebelum ini membaca doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini.

Dalam masa sama, Nik Abdul Aziz turut menafikan mendakwa UMNO murtad sebaliknya menjelaskan tuduhan itu sengaja dibuat akhbar Utusan Malaysia.

"Minggu lepas kata Nik Aziz kata UMNO murtad, ini bukan Nik Aziz yang kata, tapi Utusan Melayu (Malaysia) yang kata, puak-puak ini hanya kira nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya.

Akhbar ini pada Isnin lalu melaporkan Nik Abdul Aziz telah memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Laporan tersebut yang merupakan hasil sidang akhbar bersama Nik Abdul Aziz pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 turut dilaporkan akhbar arus perdana lain serta portal berita internet namun hanya Utusan Malaysia yang ditempelak PAS sebagai menyiar berita 'bohong'.

Semakin hari semakin nyanyuk Nik Aziz ini. Malah cuba buat putar belit. Ingat rakyat Malaysia percaya bulat-bulat apa yang dicakapkan Nik Aziz. 

3 komen:

  1. Dimanakah AKHLAK Rasulullah (saw) yang sepatutnya diserlahkan oleh seorang ulamak? Adakah ini di antara tanda-tanda akan hancurnya umat Melayu? Semoga Allah melepaskan kita dari bala bincana ini. Semoga anak cucu kita masih dapat mewarisi suatu masa depan yang cerah lagi murni...
    "Sayang Sarawak sungainya sempit,
    Nakhoda kapal bersusah hati;
    Jangan serahkan kepada Pak Rempit (PR),
    Kerajaan negeri yang disayangi ini."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau inilah tahap 'ulamak' yg dibangga2kan oleh PAS, habis hancur muka bumi ini sekiranya diberi peluang org camni perintah. Hancusss!!

      Delete
  2. semakin teruk menyeleweng dh mursyidul am ni. langsung tak menggambarkan perwatakan 'mursyid' yg di bawa ke hulu ke hilir. memalukan dan MAHA DAHSYAT' dalam bab memecah belahkan keutuhan ummah. utk bersangka baik, tok guru nik aziz kena berubat batin kerana terlalu bnyk jeneral iblis berada bersama beliau...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger