Thursday, November 15, 2012

NURUL IZZAH JANGAN PUSING 360’ – SITI ZABEDAH



Tindakan menyaman media cetak nasional dan bloggers sebagai usaha membersihkan namanya yang sudah tercemar akibat perbuatan terkutuk dirinya, Nurul Izzah.

Menurut Siti Zabedah, Nurul Izzah tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam.

Demikian reaksi ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim berhubung kenyataan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu seperti yang disebut oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini.

Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

Berhubung cabaran banyak pihak kepada Nurul Izzah untuk menyamannya, Siti Zabedah berkata, beliau sama sekali tidak gentar kerana berpegang kepada kebenaran.

Saya tidak percaya beliau akan (saman saya), saya hanya seorang peguam yang bertanyakan soalan dan beliau sendiri yang menjawab soalan itu.

Dalam forum yang bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Siti Zabedah merupakan individu yang bertanyakan soalan kepada Nurul Izzah sama ada kebebasan beragama patut diperluaskan kepada orang Melayu memandangkan isu itu disebut pemimpin PKR tersebut dalam forum berkenaan.

Menjawab soalan itu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Menurut Siti Zabedah, beliau bertanyakan soalan berkenaan kepada Nurul Izzah kerana berpandangan seorang ahli politik sepatutnya mempunyai pendirian jelas berhubung mana-mana isu.

Sekiranya beliau benar-benar percaya hak kebebasan beragama terpakai sama rata kepada orang Melayu dan memetik surah al-Baqarah, beliau sepatutnya lagi bijak menjawab dan bukannya melompat. Kalau tidak setuju, boleh buat forum.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger