Tuesday, November 6, 2012

NURUL IZZAH ‘MUNGKIN’ AKAN DIPANGGIL JAIS?



Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin menjelaskan hanya akan memanggil Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung kenyataannya bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu jika pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

Maklumat apa lagi yang dimahukan JAIS? Apakah bukti lain yang dimahukan JAIS untuk mendakwa Nurul Izzah? Apakah JAIS yang kini di bawah perjawatan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan memanggil Nurul Izzah? Dalam soal ini, JAIS harus segera menyiasat kerana perkara ini telah mendapat perhatian umum khususnya umat Islam di Malaysia.

Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyatan sepert berikut: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna secara sama rata.

Walaupun Nurul Izzah telah mengadakan sidang akhbar bagi mempertahankan dirinya dan menafikan ada mengeluarkan kenyataan sedemikian seperti yang disiarkan Sinar Harian semalam. Harus diingat bahawa, bukan Utusan Malaysia juga bukan Berita Harian mahukan TV3 yang menyiarkan kenyataan Nurul Izzah itu terlebih dahulu sebaliknya portal propembangkang yang dibiayai Yahudi, Malaysiakini yang mula-mula menyiarkan berita itu. Yang peliknya, sehingga kini Nurul Izzah masih belum mengemukakan saman kepada Malaysiakini!

(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger