Wednesday, November 7, 2012

NURUL IZZAH SAMAN MEDIA PUTAR BELIT KENYATAANNYA



Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media alternatif termasuk blogger akan disaman Nurul Izzah akibat memutarbelitkan kenyataannya dalam forum bertajuk: Negara Islam, Versi Mana: Siapa Bertanggungjawab anjuran Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) yang telah diadakan di Subang Jaya, Selangor.

Kenapa tidak memasukkan nama Malaysiakini dalam senarai media yang mahu disaman? Apakah kerana Malaysiakini propembangkang maka Nurul Izzah tidak mahu mengheret Malaysiakini untuk turut disaman? Kenapa perlu ada double standard?

“Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya (peguam-peguam PKR) Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian serta berkemungkinan beberapa media termasuk blog-blog”.

Nurul Izzah mengulas mengenai laporan portal propembangkang Malaysiakini berhubung kenyataannya bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Kenyataan Nurul Izzah: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger