Saturday, November 24, 2012

NURUL IZZAH SAMAN UTUSAN MALAYSIA TAPI TIDAK MALAYSIAKINI



Isu mengkafirkan orang Islam atau murtad seperti mana yang diperjelaskan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu telah menuju ke kemuncaknya apabila mengambil tindakan menyaman Kumpulan Utusan.

Nurul Izzah telah memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan. Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.


Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Difahamkan, Nurul Izzah menyaman Kumpulan Utusan hanya disebabkan 4 artikel yang telah disiarkan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

1. "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

2. "Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu", ,"Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik" dan "Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara Pluralisme agama" bertarikh 6 November 2012

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menuntut injunksi kekal ke atas Utusan Malaysia bagi menghalang akhbar tersebut terus menyiarkan artikel sama.


Tetapi, yang menghairankan rakyat Malaysia, kenapa Nurul Izzah tidak saman portal berita propembangkang Malaysiakini? Sedangkan Malaysiakini portal berita pertama yang menyiarkan kenyataan Nurul Izzah itu menerusi laporan dalam bahasa Inggeris.

Malah, selepas itu secara terang seperti yang dipaparkan dalam video yang boleh dimuat turun di dalam Youtube kenyataan Nurul Izzah semasa forum itu sedang berlangsung sambil disambut dengan tepukan gemuruh para penonton. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger