Monday, November 5, 2012

NURUL IZZAH SOKONG MURTAD?



Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah menafikan beliau pernah berkata orang Melayu juga perlu diberikan hak untuk memilih agama. Kenyataan Nurul Izzah itu telah mendapat liputan meluas daripada masyarakat Islam di Malaysia yang menganggap ianya sangat bertentangan dengan Islam dan budaya orang melayu itu sendiri. Tetapi, yang menyedihkan tiada sebarang kenyataan ataupun kritikan daripada PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam.

Semalam, portal milik propembangkang yang dibiatai Yahudi, Malaysiakini telah menulis kenyataan Nurul Izzah yang berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna secara sama rata.

Nurul Izzah berkata demikian ketika menjadi panel dalam menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana: Siapa Bertanggungjawab? Iaitu sama ada orang Melayu wajar diberikan kebebasan beragama sepertu orang bukan Melayu.

Kenyataan di atas jika ditafsirkan mengikut pandangan penulis, Nurul Izzah mempersoalkan bagaimana Islam dan budaya orang Melayu dalam kebebasan memilih agama. Nurul Izzah mahu kebebasan memilih agama juga digunapakai kepada orang Melayu. Ini bermakna Pakatan Pembangkang mahu orang Melayu mengikuti sebagai mana orang bukan Melayu dalam memilih agama.

Umum mengetahui di Malaysia, setiap orang Melayu yang dilahirkan adalah Islam! Tiada sebarang prasangka dan persoalan mengenai Islam dan Melayu. Namun, Nurul cuba untuk membuka persoalan itu demi mahu meraih sebanyak mana sokongan undi untuk PRU-13.

Lebih menyediahkan apabila soalan mengenai komuniti lesbian, biseksual dan transgender (LGBT), Nurul Izzah menjawab sebagai seorang Islam dan mereka yang menganut Katholik, terdapat batasannya.

Seharusnya, sebagai seorang muslim yang beragama Islam, Nurul Izzah sepatutnya menjawab bahawa Islam mengharamkan mana-mana umatnya yang terlibat dalam LGBT dan bukannya terdapat batasan. Apakah Nurul Izzah mengizinkan ayahnya Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam LGBT itu disebabkan batasannya mengikut perkembangan semasa?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger