Monday, November 26, 2012

PAKATAN PEMBANGKANG SEHINGGA SEKARANG TIADA KETUA?



Persoalan yang sehingga kini masih tiada jawapan iaitu siapa ketua Pakatan Pembangkang? Anwar Ibrahimkah? Lim Guan Engkah? Abdul Hadi Awangkah? Atau Azmin Alikah? Lim Kit Siangkah? Karpal Singhkah? Nik Azizkah? Sehingga kini setelah berpakat sebagai Pakatan Pembangkang, mereka tiada ketua. Arahan mana yang mereka dengar?

Isu pemilihan calon Perdana Menteri menjadi buktinya apabila Pakatan Pembangkang bergolak disebabkan masing-masing mahu meletakkan nama pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri biarpun sebelum ini menyaksikan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan selesa untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

Rentetan isu juga menyaksikan masing-masing berdiam diri sekiranya ada di kalangan mereka terkantoi dalam menimbulkan permasalahan Pakatan Pembangkang. Isu Nurul Izzah dalam mengeluarkan kenyataan mahu memurtadkan orang Melayu membuatkan PAS diam membisu. Agaknya mulut pemimpin PAS sudah dikunci oleh Anwar Ibrahim. Terbaru, isu doa PAS mahu menghancurkan pemimpin UMNO dan Islam BN. PKR dilihat membisu dan mengelak untuk membuat sebarang kenyataan. Kononnya tidak mahu menimbulkan kontroversi.

Tetapi, tidak bagi DAP yang secara terang menegur PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan melibatkan sama mereka yang bukan Islam. Ini membuatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberikan amaran kepada Nik Aziz supaya tidak menimbulkan isu-isu yang boleh membuatkan rakyat menolak Pakatan Pembangkang dan menyokong BN.

Demikian juga isu dalaman negeri di Kelantan yang kini menjadi racun dalaman PAS. DAP mahu PAS menyelesaikan kemelut dalaman pentadbiran yang melanda Kelantan berikutan banyak janji PAS yang tidak dilaksanakan dan masalah pentadbiran seperti hudud dan bersih.

Isu dalaman negeri Pulau Pinang pun apa kurangnya apabila banyak kepincangan dalaman pentadbiran yang berlaku khususnya melibatkan kepentingan kaum Melayu dan India. Selangor pun apa kurangnya, apabila saban malam berlaku demontrasi daripada rakyat Selangor dengan terbaru mogok daripada Ibu Tunggal Selangor.


Benar dakwaan pemimpin BN apabila Pakatan Pembangkang ini diibaratkan tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. 

2 komen:

  1. BUKAN TAK ADA KETUA....SEMUA EMPAT JOKERS NI NAK JADI KETUA KASIHAN SUNGGUH.

    ReplyDelete
  2. Sayang Sarawak sungainya berlekok,
    Buah keladi dimakan pagi;
    Jangan dipecayak si Pak Rempit tok,
    Udah sidak diundi janji sik dipeduli.

    Udah sidak diundi janji sik dipeduli,
    Li'atlah apa jadi di Negeri Selangor;
    Asalkan dapat jadi Kepala Menteri,
    Baitnya DAP atau PAS; apatah lagi PKR!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger