Thursday, November 15, 2012

PEGUAM PKR IBARATKAN PENJAWAT AWAM SEBAGAI MONYET



Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga Peguam PKR, Derek Fernandez telah mengeluarkan kenyataan yang telah mengguris kesemua penjawat awam di Malaysia.

Kenyataannya seperti yang disiarkan dalam akhbar Malay Mail, "let’s see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak").

Ini susulan daripada isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu.


Apakah Derek Fernandez mahu menyalahkan akhbar Malay Mail berhubung kenyataannya seperti mana yang dilakukan Nurul Izzah?

Kenyataan Derek Fernandez itu telah menghina dan menjejaskan imej perkhidmatan awam keseluruhannya.

Sewajarnya sebagai Ahli MBSJ, beliau tidak seharusnya mengungkap kata-kata sedemikian. Tetapi, disebabkan kepentingan politik, penjawat awam menjadi mangsa hingga digelar ‘monyet’.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger