Saturday, November 24, 2012

PKR BANGKANG KENYATAAN TUN DR. MAHATHIR BAHAWA ABDUL HADI AWANG SESUAI JADI PM



Isu calon Perdana Menteri di kalangan Pakatan Pembangkang masih belum reda meskipun Anwar Ibrahim menyatakan siapa calon PM jika Pakatan Pembangkang menang masih boleh dibincangkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sangat bercita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri sejak sekian lama dan harapannya dikatakan amat cerah sebelum Muktamar PAS Ke-58 di Kota Bahru pada pertengahan bulan November lepas. Hanya dengan ucapan seorang perwakilan PAS yang mahukan Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri dan menolak mentah-mentah Anwar Ibrahim membuatkan pergolakan dalaman Pakatan Pembangkang kian runcing.

DAP sekutu rapat PKR dengan tegas memilih Anwar Ibrahim sebagai calon PM tanpa sebarang prejudis. Mengikut pemerhati politik, motif utamanya ialah menjadikan Anwar Ibrahim sebagai boneka seperti mana yang berlaku ke atas Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Boneka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berseloroh Karpal Singh pun seharusnya boleh diketengahkan sebagai calon PM daripada DAP, tetapi kenapa memilih Anwar Ibrahim? Bagaimanapun, Karpal Singh menegaskan beliau tidak berminat memandangkan usianya yang sudah lanjut usia.

Alasan Karpal Singh itu ada kebenarannya dan atas sebab itu juga Tun Dr. Mahathir memberikan pandangan bahawa jika Abdul Hadi Awang mahu jadi PM, beliau kena bawa PAS bergabung dengan UMNO ke dalam BN. Adalah mustahil Anwar Ibrahim akan menyertai semula UMNO dan BN hanya semata-mata mahu menjadi PM.

Anwar Ibrahim tahu beliau tidak akan dapat menjadi PM sekiranya hanya mempergunakan PKR dan DAP dalam menentang BN yang kini menjadi semakin pilihan rakyat ekoran transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak. Dan, beliau tahu pengaruh PAS ke atas orang Melayu sangat tinggi dan bercadang menggunakan PAS untuk mencapai cita-citanya sebagai PM.

Bagi Pengerusi PKR Pahang, Fauzi Abdul Rahman mengatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim adalah bertujuan melaga-lagakan kedua-dua parti itu.

Manakala dengan angkuhnya Fauzi Abdul Rahman menegaskan bahawa Tun Dr. Mahathir masih inginkan jawatan PM itu sebagaimana kenyataannya dalam Sinar Harian.

“Sebenarnya saya berani cakap bahawa Tun Mahathir sendiri yang inginkan kembali jawatan tersebut memandangkan masih ada tugasan yang belum sesuai.

“Sebab itulah beliau beria-ia sangat nak menyatakan siapa yang lebih layak untuk menjadi PM, mungkin beliau belum sediakan tempat untuk anak atau kroninya untuknya memegang jawatan tersebut," katanya.

Jika benar isu PM perkara remeh temeh, kenapa pula ramai pemimpin kanan PAS dan PKR mengambil berat hal ini sehingga membawa kepada permasalahan dalaman antara kedua-dua parti itu?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger