Friday, November 2, 2012

PKR KHIANATI RAKYAT NEGERI SEMBILAN



Atas nama Program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan akan di Taman Seremban Jaya walaupun mendapat kecaman rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Sembilan. Penganjuran bersama PKR dan DAP dengan nada tegas dan degil mahu meneruskan perhimpunan itu walaupun yakin ia akan mendatangkan kemudaratan.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin menegaskan Pakatan Pembangkang akan tetap meneruskan perhimpunan itu walaupun mendapat bantahan daripada rakyat.

Manakala, Setiausaha PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hasan Tamby menjelaskan tidak timbul soal perhimpunan haram. Namun, beliau sedar akan risiko perhimpunan itu jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada ahli-ahli Pakatan Pembangkang yang hadir.

Perhimpunan yang dijadualkan akan diadakan pada Sabtu, 3 November ini telah mendapat bantahan daripada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) Negeri Sembilan yang bersepakat menghalang penganjuran Program Himpunan Kebangkitan Rakyat jika pihak penganjur tetap berdegil mengadakannya.


Sebanyak 15 NGO’s yang terdiri daripada 50 orang ahli berkumpul di hadapan tapak program itu bakal berlangsung di Taman Seremban Jaya sebagai tanda protes selain turut mendesak pihak polis mengambil tindakan.

Rakyat Negeri Sembilan tidak mahu Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan itu akan berlaku seperti mana himpunan BERSIH 3.0 yang telah memporak-perandakan negara. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger