Wednesday, November 7, 2012

POLIS BIDAS WAKIL RAKYAT BN SARAWAK DAN DAP SARAWAK



Ketua Polis ACP Shafie Ismail membidas kenyataan Ahli Parlimen Bintutu, Datuk Seri Tiong King Sing dan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkaitan kejadian kes tembak baru-baru ini sebagai tidak profesional.

Jangan hanya disebabkan mempunyai jawatan Ahli Parlimen atau wakil rakyat, maka boleh membuat kenyataan sesuka hati tanpa sebarang bukti. Ini bukan sahaja boleh menjejaskan kredibiliti polis, tetapi juga menakutkan rakyat dengan kenyataan liar dan tidak bertanggungjawab.

“Jangan berpandu kepada khabar angin sahaja kalau hendak bercakap dan tunjukkan bukti kepada pihak polis kalau mahu membantu polis menyelesaikan kes tersebut.

Sebagai Ahli Parlimen, mereka mesti memberikan teladan yang baik dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga keselamatan dan keamanan awam daripada sebarang ancaman mahupun jenayah.

Tegas Shafie lagi, polis tidak akan menerima kenyataan Tiong King Sing yang hanya berdasarkan gosip liar dan tidak disokong dengan bukti. Jangan mewujudkan keliruan dan ketakutan di kalangan orang awam kalau perkara itu tidak berasas atau tanpa bukti yang kukuh

Jika benar mereka mempunyai bukti, sila tampil ke depan untuk membantu siasatan dan jangan memburukkan keadaan dengan meneruskan gosip liar. Hanya disebabkan kepentingan politik maka polis dipersalahkan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian sila tampil ke hadapan dan memberi kerjasama kepada pihaknya dalam membantu menyelesaikan kes-kes berat seumpamanya.

“Proses penyiasatan sangat rumit dan memerlukan orang yang profesional untuk membolehkan kes ini dibawa ke dalam mahkamah. Adalah lebih baik jika orang ramai dapat memberi kerjasama kepada polis dalam mendidik masyarakat dan mencari jalan untuk mencegah dan membanteras jenayah.

Manakala, kenyataan Wong Ho Leng menyatakan bahawa Sibu tidak selamat untuk didiami hanyalah persepsi wakil rakyat DAP itu. Jangan pula disebabkan kejadian itu, Wong Ho Leng mahu menunjukkan dirinya sebagai seorang hero atau pahlawan walaupun kejadian itu berlaku di Jalan Pahlawan.

Sebagai Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng tidak perlu mengelirukan orang awam dan adalah lebih baik kalau dia boleh bekerjasama membantu kita (polis) untuk mendidik orang awam agar menjadi orang yang baik.

Di manakah tanggungjawab Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen? Di manakah janji-janji DAP yang mahu Ubah Sibu. Apakah Wong Ho Leng mahu ubah Sibu menjadi bandar kurang selamat!


Dalam kejadian tembak itu, polis sudah menemuramah Ah Kang iaitu suami mangsa yang terbunuh, Law Leh Kuong, 44. Difahamkan, peluru yang mengena belakang Ah Kang sudah berjaya dikeluarkan dan setakat ini polis belum lagi mengambil kenyataannya mengenai insiden tersebut. Sehingga kini, keadaan Ah Kang kini dilaporkan stabil.

Menurut keputusan bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat Leh Kuong, mangsa mati akibat kecederaan tembakan di kepalanya dan terdapat tujuh biji serpihan peluru dikeluarkan daripada kepala Leh Kuong selepas bedah siasat yang dilakukan mula jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger