Saturday, November 17, 2012

PRESIDEN PAS LABELKAN PEMIMPIN ISLAM SEBAGAI ‘SYAITAN’



Hanya mahu mengejar kepentingan politik, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sanggup memusuhi pemimpin Islam BN khususnya UMNO dengan melabelkan mereka sebagai ‘syaitan’.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, sudah cukuplah "kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan" dan kini sudah tiba masanya kerajaan seumpama itu digulingkan.

Ia merujuk kepada pentadbiran BN-UMNO yang telah mentadbir Malaysia selama 50 tahun. Sejak tempoh itu, Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara Islam yag dihormati dunia dan ekonominya sentiasa menjadi model kepada negara-negara membangun di dunia juga dihormati negara-negara maju.

Berbeza dengan Kelantan yang diperintah PAS selama 22 tahun dan sehingga kini negeri itu masih di tahap yang sama tanpa sebarang pembangunan. Malah sepanjang tempoh itu, Kerajaan Kelantan tidak pernah membina sebuah masjid pun sebaliknya membiarkan masjid dan surau yang sedia ada usang dan menunggu masa untuk roboh. Ini semua disebabkan perhatian yang lebih kepada politik berbanding pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

Menawan Putrajaya lebih baik dan menjadi agenda utama PAS berbanding membangunkan Kelantan yang sekian lama menduduki negeri termiskin di Semenanjung Malaysia.

Kini, perjuangan PAS sudah jauh terbabas dari landasan sebenar penubuhan PAS malah lebih teruk apabila menjalinkan hubungan dengan DAP dan PKR.

1 komen:

  1. Aku semangnya tak heran dengan pemimpin PAS ni...

    Mereka ni sebenarnya sesat lagi menyesatkan...

    Inilah akibat dari mata hati mereka telah ditutup oleh Allah dari melihat kebenaran...

    Bagi mereka, apa yg datang dari DAP dan PKR, itulah kebenaran!!!

    PAS akan hancur di PRU 13 nanti!!! Percayalah!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger