Sunday, November 25, 2012

PRU-13 DISEMBER INI?



Jika benar apa yang diperkatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PRU-13 boleh diadakan pada Disember ini walaupun negara dilanda musim tengkujuh, mereka yang pertama kali gembira ialah Pakatan Pembangkang.

Kemaruk nak ke Putrajaya, Pakatan Pembangkang kini tiada pilihan melainkan ‘menang’ PRU-13 walaupun ketika ini Pakatan Pembangkang sedang mengalami krisis pemilihan calon Perdana Menteri.

Selain pemilihan calon PM, Pakatan Pembangkang juga kini sedang mengalami krisis identiti parti apabila PAS salah satu komponennya mencetuskan kontroversi doa untuk menghancurkan pemimpin UMNO dan pemimpin Islam BN.

Demikian juga dengan PKR apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang mengundang kontroversi kepada masyarakat Melayu dan sekaligus menggalakan murtad.

DAP tidak pula lekang dengan isu apabila krisis akauntibiliti pemimpin DAP dalam kepimpinan negeri khususnya di Pulau Pinang yang melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib yang juga Presiden UMNO, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu.

2 komen:

  1. Bersedia lah kompenen BN , PM akan istiharkan pembubaran parlimen minggu depan..

    ReplyDelete
  2. Tak mungkin. Tak mungkin PRU13 berlangsung pada 13/12/12. Sebab, kalo kita kaji isi kandung dan latar belakang Doa KO oleh ulamak PAS, untuk doa tersebut menjadi makbul (tak elok jika tak makbul!), tarikh 13/12 adalah kurang tepat. Pada tarikh tersebut, bahkan mana-mana tarikh pun - sama ada di tahun ini atau tahun hadapan - BN/UMNO akan menang juga! Jadi, atas rasa simpati PM, beliau akan membantu mempertingkatkan natijah 'probabliti' makbulnya Doa KO ini, dengan memilih tarikh untuk PRU13 pada 21/12/12. Kenapa? Kerana, mengikut teori konspirasi 2012, pada tarikh inilah Dunia akan hancur musnah. Jika Dunia hancur musnah; barulah BN/UMNO sama-sama hancur. Maka... makbullah Doa KO itu.

    Tetapi, siapa dan apa makhluk yang tinggal? Sayang Sarawak, sungainya panjang...

    Untuk bacaan lanjut: http://blogs.westword.com/showandtell/2012/02/the_2012_mayan_prophecy_accord.php

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger