Wednesday, November 7, 2012

PRU-13 LEBIH PENTING KENYATAAN NURUL IZZAH TIDAK PENTING



Walaupun ramai di kalangan umat Islam tertunggu-tunggu kenyataan daripada pemimpin PAS berhubung isu kelantangan Nurul Izzah mengenai Islam, namun semua hampa kerana kebanyakan pemimpin PAS mengambil sikap berdiam diri kecuali Pesuruhjaya PAS II Selangor, Khalid Samad yang secara terang mempertahankan Nurul Izzah. Apakah semua mulut pemimpin PAS itu sudah dikunci Anwar Ibrahim?

Apa yang mendukacitakan umat Islam di seluruh Malaysia ialah sikap acuh tak acuh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan kenyataan Naib Presiden PAS, Nurul Izzah itu tidak penting.

Nurul Izzah sebelum ini telah membuat kenyataan mengenai kebebasan beragama di Malaysia yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu sebagai tidak penting.

Tegas Abdul Hadi Awang lagi, PAS tidak akan bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Nurul Izzah bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataannya yang telah mengguris perasaan orang Melayu di seluruh Malaysia. Ternyata kebanyakan pemimpin PAS sudah dikunci mulutnya oleh Anwar Ibrahim!

Walaupun dianggap keterlaluan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap umat Islam dan orang Melayu, PAS pula menganggap sebaliknya. Ditanya pandangan pemimpin PAS terhadap pandangan Nurul Izzah, jawapan mereka itu tidak penting. Yang penting sekarang ialah persiapan menghadapi PRU-13. Nampaknya PAS lebih mengutamakan PRU-13 berbanding kepentingan Islam dan orang Melayu.

1 komen:

  1. Bagi ularmak pas yg penting janji perut semakin membesar, membuncit dan membusong.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger