Wednesday, November 21, 2012

PUSTAKA NEGERI SARAWAK JEMPUT PENCERAMAH PKR SARAWAK JUMAAT INI



Apakah disengajakan Pustaka Negeri Sarawak menjemput Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sarawak, Arip bin Ameran sebagai penceramah di Ceramah Umum “Hak-Hak Wanita Di Sisi Hukum Syarak Undang-Undang Keluarga Islam” pada Jumaat, 23 November 2012 di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.


Difahamkan Pustaka Negeri Sarawak merupakan badan berkanun yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Apakah Kerajaan Negeri Sarawak mahu pengaruh PKR berlegar-legar di kalangan pegawai dan stafnya lebih-lebih lagi menjelang PRU-13 ini? Apakah tiadanya pemantauan di kalangan pegawai-pegawai atasan Pustaka Negeri Sarawak dalam memilih pencermah? Atau, ada di kalangan pegawai dan kakitangan Pustaka Negeri Sarawak yang cenderung kepada PKR dan Pakatan Pembangkang?

Ceramah Umum yang dianjurkan Pustaka Negeri Sarawak ini diadakan secara terbuka dengan menjemput ramai di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Difahamkan ceramah ini tidak memerlukan permit memandangkan ia diadakan di dalam premis Pustaka Negeri Sarawak. Situasi ini memberi kelebihan penceramah untuk mengadakan ceramah dengan lebih terbuka termasuk menyampaikan propaganda politik PKR dan Pakatan Pembangkang kepada audein.

Arip bin Ameran atau lebih dikenali dengan nama “Si Tanggang” di kampung halamannya di Kampung Sambir di Asajaya. Malah, dalam PRN Sarawak Ke-10 pada April 2011, Arip Ameran telah bertanding di N.14 Asajaya dengan menentang calon BN, YB Abdul Karim Hamzah yang juga kini Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Sarawak.


Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-10 di N.14 Asajaya, calon BN, Abdul Karim Hamzah mendapat 7,597 undi dan Arip bin Ameran dari PKR mendapat 3,108 undi. BN menang dengan majoriti 4,489 undi.

Bercakap mengenai Arip Ameran, calon PKR Sarawak yang kalah teruk dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 sebelum ini banyak menggunakan akhbar sebagai publisiti dan mempromosikan dirinya atas jawatannya sebagai peguam syarie.

Menjelang pilihan raya, Arip Ameran yang merupakan anak jati Asajaya telah bertanding di N.14 Asajaya. Sepanjang berkempen, Arip Ameran telah tidak diterima penduduk kampung berikutan sikapnya yang banyak menghuru-hara penduduk kampung dengan dakyah dan perjuangan PKR yang menghasut rakyat membeci kerajaan. Penduduk Asajaya lebih mengenali Arip Ameran sebagai seorang yang suka memecahbelahkan rakyat dengan hari berkata lain, esok pula bercakap lain.


Walaupun bekerjaya sebagai peguam syariah, Arip Ameran merupakan penyokong kuat kepada Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 yang berlaku di Semenanjung Malaysia termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu. Bahkan Arip Ameran mengkritik mereka yang menentang Perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai berfahaman komunis.

Hanya kerana kalah dengan majoriti 4,489 undi, Arip Ameran masih berminat untuk bertanding di Parlimen P.200 Batang Sadong. Alasannya peningkatan undi penduduk Asajaya dan cita-citanya mahu menjadi Yang Berhormat. Untuk itu, Arip Ameran akan menggunakan apa saja platform untuk menyampaikan propaganda PKR termasuklah sebagai penceramah bagi undang-undang keluarga.

Bagaimana Arip Ameran boleh berceramah berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam sedangkan dirinya sendiri bukanlah anak yang ‘baik’. Ini akui oleh penduduk-penduduk di Kampung Sambir, Asajaya di mana hanya menampakkan batang hidungnya di kampung menjelang pilihan raya. Malah, jarang sekali mahu menjeguk ibunya sendiri di kampung dan sangat kedekut apabila orang kampung memohon derma dan bantuan daripadanya. Inikah orang yang nak jadi Yang Berhormat?


13 komen:

  1. Syabas saudara blogger kerana cukup prihatin. Pihak bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan yang tegas dan cepat. Di masa hadapan pihak bertanggungjawab mesti bersikap proaktif. Ini seakan-akan taktik subversif! Boleh dikatakan melibat mereka yang bertanggungjawab jika tindakan segera (termasuk menesihati/mengambil tindakan terhadap mereka yang menjalankan tugas fasilitasi ceramah) dibatalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan: "..jika tindakan segera tidak diambil..."

      Delete
  2. Pada pandangan saya, saudara blogger (Wira Kenyalang) cukup perihatin terhadap perkara ini yang mana melibatkan ahli-ahli politik di negeri Sarawak secara tidak langsung di dalam aktiviti mereka. Ini adalah baik sebagai informasi kepada semua rakyat Sarawak. Akan tetapi tajuk yang diggunakan seumpama pihak badan berkanun terebut sentiasa membelakangi kerajaan sendiri demi menyokong wadah perjuangan PKR. Bak kata saudara tanpa nama (1), ini seakan-akan taktif subversif manakala bak kata saudara blogger (Wira Kenyalang) dengan tajuknya "PUSTAKA NEGERI SARAWAK JEMPUT PENCERAMAH PKR SARAWAK JUMAAT INI" menunjukkan pandangan negatif saudara berdua kepada pihak penganjur yang mungkin tidak peka terhadap keadaan tesebut, pihak penganjur tersebut seperti yg sedia maklum berdiri sebagai pusat ilmu kepada penduduk Sarawak. Mungkin bg pihak penganjur, ianya hanyalah atas dasar maklumat semata-mata dimana penceramah juga bergelar sebagai Peguam Syariah. Diharap pihak penganjur melihat semula keadaan ini & buat tanpa nama(1) serta saudara blogger (Wira Kenyalang), maklumat jika dikongsi mendatangkan faedah akan tetapi jika disalah gunakan, akan menjadi luka di minda. Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan atas pandangan dan nasihat yang baik.

      Insyallah lain kali akan diperbetulkan.

      Salam.

      Delete
  3. pendapat saya...PUSTAKA tidak perlu tunduk pada momokan dan desakan dari pihak-pihak yang menekan agar PUSTAKA mengambil tindakan terhadap penceramah hanya kerana fahaman politik penceramah tersebut...kenapa?
    sebagai sebuah badan yang menyokong perkembangan ilmu, PUSTAKA harus kukuh dan tegas dengan pendiriannya dalam menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat. 'Hak-hak wanita di sisi hukum syarak/undang-undang keluarga Islam' merupakan sebuah topik yang sangat sesuai dan sudah pasti menarik ramai audien hadir bagi mendapatkan maklumat berhubung hak-hak mereka dalam undang-undang keluarga Islam di Sarawak. Perkara utama yang perlu dihighlightkan dalam isu ini adalah kepentingan umum yakni penyampaian maklumat kepada masyarakat dan bukanlah fahaman politik penceramah semata-mata. Sekiranya pihak PUSTAKA membatalkan/menukar speaker bagi ceramah ini...maka jelaslah bahawa PUSTAKA turut tidak lari dari terpalit dengan najis permainan politik tidak matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang lain yang boleh buat. Bukan nya ajak pandei.

      Delete
  4. belum berceramah dah kena potong...agak2 cmna la orang Malaysia ni nak maju...politik sempit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah dah angus bari kitak nak madam api? Gia tek? Kota dah ruboh baru kitak nak cari papan? Orang dara dah diceruboh baru nak ngajar agama? Bagussss.. Selamaaattt!

      Delete
  5. Apakah pihak penganjur dapat menjamin bahawa Penceramah dari PKR itu tidak akan bercakap pasal "politik" memandangkan ia akan dihadiri oleh ramai auiden.

    Umum mengetahui PKR tidak mendapat banyak tempat dan ruang untuk berceramah dan platform sebegini akan digunakan sebaik-baiknya oleh PKR untuk melancarkan propaganda politik menjelang PRU-13 akan datang.

    Sekadar pandangan dari seorang hamba Allah yang sayangkan negara dan umat Islam di Sarawak.

    ReplyDelete
  6. sayangkan umat Islam..adakah ceramah tentang undang-undang keluarga itu ditafsirkan sebagai sebuah perbuatan yang membelakangkan Islam?ataupun perbuatan tidak menyayangi Islam?

    ReplyDelete
  7. Oh pok! Mun boleh kita bandinkan dengan pisok. Pisok yang nang bagus lagi berguna. Boleh pake motong bawang, cabik, sayur dan sebagainya. TETAPI, anok dikhuatiri sitok ialah orang yang megang pisok ia. Pake nya apa? Merompakkah, munohkah. Lagik lagik mun kita tauk orang ia ada berdendam dengan orang lain. Arap kitak paham, eh?

    ReplyDelete
  8. Setuju....ceramah dan isu yang diketengahkan memang akan memberikan manfaat kepada semua/public...tetapi, sebagai sebuah badan berkanun, pengurusan PUSTAKA dan pegawai yang bertanggunjawab harus peka dengak keadaan sekeliling...Pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi, jadi apa rasionalnya memilih PEGUAM SYARIE yang umum ketahui mempunyai pahaman politik yang PRO PEMBAKANG....Jaga periuk nasi sendiri dan jaga periuk nasi org lain, saya yakin tidak semua kakitangan PUSTAKA terlibat dalam membuat keputusan pemilihan penceramah ini, tepuk dada tanya selera...Banyak lagi individu2 lain yang layak memberi ceramah berkenaan dgn tajuk yang sama...Sekarang kita dapat lihat sendiri bagaimana pihak pembakang cuba mengambil kesempatan dalam kelalaian pihak penganjur...harap ini nanti akan dapat jadi ikhtibar bersama....


    Saya amat setuju dgn ungkapan daripada Tanpa Nama 'Rumah dah angus bari kitak nak madam api? Gia tek? Kota dah ruboh baru kitak nak cari papan? Orang dara dah diceruboh baru nak ngajar agama? Bagussss.. Selamaaattt!"

    Sebagai sebuah gedung ilmu, sepatutnya pihak PUSTAKA lebih arif dalam mengambil/membuat apa2 keputusan, semua maklum dengan pepatah "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"...Pihak pengurusan PUSTAKA dan Pegawai bertanggungjawab seharusnya peka dan meneliti apa juak kesan/ akibat sebelum sesuatu tindakan di buat....

    ReplyDelete
  9. jika si Arif tidak memberi bekas/lemah,sudah pasti tiada bantahan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger