Saturday, November 3, 2012

RAFIZI LEMBU LANGGAR UNDANG-UNDANG BAFIA



Mahu dianggap sebagai hero dalam mendedahkan isu National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Rafizi Ramli atau lebih dikenali dengan Rafizi Lembu kini telah didakwa melanggar undang-undang BAFIA.

Pelanggaran undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) dengan alasan bertindak sebagai 'pemberi maklumat' (whistleblower) tidak boleh dibenarkan kerana boleh memusnahkan sistem perbankan negara.

Menurut firma guaman terkenal, Shafee & Co, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah melanggar akta BAFIA apabila mendedahkan dokumen bank yang dimiliki secara tidak sah. Menjadi amalan bagi pemimpin dan ahli-ahli PKR yang mana akan melakukan apa saja biarpun sedar apa yang dilakukannya itu salah. Namun, disebabkan mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa walaupun salah, tujuan mereka itu murni kerana mahu membongkarkan kebenaran.

Pemilikan dokumen berkenaan adalah tanpa mendapat kebenaran pemilik akaun, bank terlibat mahupun Bank Negara (BNM). Beliau juga dengan berani menyatakan memiliki lebih banyak dokumen bank dalam kes itu.

Sistem perbankan dan kewangan negara tidak boleh dikompromi dengan isu-isu politik dan sensasi seperti ini.

Menurut kenyataan tersebut, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) menetapkan pemberi maklumat yang tulen harus melaporkan apa-apa yang difikirkan sebagai sempadan dengan kesalahan jenayah atau lain-lain kesalahan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu bagi membolehkan tindakan diambil.

Dengan berbuat demikian, kita mempunyai situasi yang mana pemberi maklumat adalah tulen dan integriti BAFIA akan dilindungi.

Sebaliknya, jika pemberi maklumat dibenarkan mengumumkan kepada orang ramai mengenai maklumat sulit awam yang dilindungi di bawah BAFIA tanpa terlebih dahulu merujuk kepada agensi-agensi berkaitan, perkara itu boleh mengundang huru-hara dalam sistem kewangan negara.

Peguam Negara dan BNM seharusnya tidak terpengaruh dengan retorik politik yang dimainkan malah perlu menyiasat Rafizi berhubung perlanggaran mutlak BAFIA yang telah dilakukan

Jelas kenyataan itu, pandangan sama juga dinyatakan ketua eksekutif bank-bank di negara ini yang menekankan kepentingan kesulitan dan kerahsiaan pelanggan untuk dijaga.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger