Monday, November 5, 2012

RAFIZI RAMLI GILA GLAMOR HANYA MAHU PUBLISITI



Rafizi Ramli atau lebih glamor lagi Rafizi Lembu yang kini hanya menunggu hari perbicaraan dan akan di penjarakan berhubung tindakannya melanggar undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) cuba untuk mengekploitasikan keadaan semasa.

Terbaru, tindakan Rafizi Ramli yang menyerang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengaitkannya dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia. Apakah sebenarnya motif Rafizi Ramli sehingga beriya-iya benar mahu menyerang Nazri?

Nazri yang berpegang kepada kebenaran sedikitpun tidak takut akan ancaman Rafizi yang diketahui mempunyai nafsu yang kuat untuk menjadi calon Parlimen. Biarpun Nazri mencabar Rafizi untuk membawa perkara yang disifatkannya itu sebagai rasuah ke mahkamah, Rafizi menjelaskan tidak mahu berbuat demikian atas alasan akan membuat laporan kepada SPRM. Jika benar dakwaan Rafizi itu, kenapa dirinya tidak terus membawa perkara itu ke mahkamah.

Rafizi akan disabitkan kesalahan terhadap BAFIA tidak lama lagi dan penjara untuknya sudahpun disediaka. Walau sebijak mana sekalipun peguam yang mewakilinya untuk kes BAFIA pasti akan kalah memandangkan pihak pendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menyumbat Rafizi ke penjara.

BAFIA penting untuk memelihara keyakinan negara luar terhadap integriti sistem kewangan negara. Dan, tingkahlaku Rafizi itu telah mencemarkan BAFIA untuk memenuhi nafsu cita-cita beliau iaitu menjadi Ahli Parlimen, sebab itu beliau selalu membuat sidang akhbar di Parlimen. Hanya sebagai calon Parlimen, Rafizi kerap mempergunakan kemudahan Parlimen untuk kepentingannya khususnya meraih publisiti murahan.

Kini, Rafizi tersepit dengan kes BAFIAnya sendiri, maka sebab itu beliau menyerang anak Mohamed Nazri untuk meraih alasan bahawa tindakan BAFIA terhadap beliau merupakan tindakan balas peribadi daripada Nazri dan kerajaan BN.

Selain isu BAFIA, Rafizi jua terjerat dengan isu PKNS yang mengambilalih hutang TALAM Corporation Bhd dan isu RM3 bilion yang melibatkan Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan. Dengan pelbagai publisiti dan promosi, Rafizi kini tidak lagi menjadi kredibiliti disebabkan rakyat sudah tahu segala tindak-tanduknya hanya untuk kepentingan peribadi.

Si Jambu Rafizi itu juga kini akan menjadi lialibiti kepada Pakatan Pembangkang atas perbuatannya sendiri khususnya dalam melakukan kesalahan berkaitan BAFIA. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger