Thursday, November 8, 2012

SAKSIKAN VIDEO NURUL IZZAH HINA ISLAM



Jika sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menafikan beliau pernah membuat kenyataan yang bertentangan dengan Islam dan orang Melayu, dan berhajat untuk menyaman media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan beberapa bloggers yang menyiarkan kenyataannya tanpa sebarang bukti.

Akibat daripada penafian itu dan JAIS mahukan bukti maka terdedahlah bukti yang menunjukkan Nurul Izzah benar-benar menyatakan sedemikian.



Untuk itu, nilaikan sendiri video ini bagi menggambarkan apa yang diperkatakan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam, Versi Mana: Siapa Bertanggungjawab anjuran Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) yang telah diadakan di Subang Jaya, Selangor.

Kenyataan Nurul Izzah: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

Kepada pembaca budiman yang berasakan dirinya seorang yang berpegang kepada akidah, marilah sama-sama kita layari Youtube ini di alamat http://www.youtube.com/watch?v=g2zhUcRghOQ. Jangan lupa bagi komen bagi memberikan kesedaran kepada mereka yang selama ini senang-senang mempersendakan agama Islam.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger