Monday, November 19, 2012

SIDANG DUN SARAWAK KALI INI DIJANGKA LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA



Bermula hari ini, 19 hingga 28 November 2012, akan diadakan persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua.

Seperti kebiasaan, sidang DUN Sarawak kali ini dijangka menarik dan hangat daripada biasa apabila banyak perkara yang akan diketengahkan dalam perdebatan itu nanti. Antara yang menjadi tumpuan pastinya Deklarasi Kuching yang telah dirasmikan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang pada 16 September lepas bersempena dengan Hari Malaysia.

Deklarasi Kuching itu akan menjadi topik utama pemimpin Pakatan Pembangkang yang akan berhadapan dengan pemimpin BN terutama ahli-ahli BNBBC yang disifatkan kini lebih hangat berbanding dahulu. Jika dahulu pemimpin pembangkang menganggap BNBBC Sarawak tidak aktif dan ‘tidur’, tetapi kini tidak lagi. Seperti singa yang dikejutkan dari tidurnya, BNBBC kali ini cukup bersedia untuk mematahkan hujah-hujah pemimpin Pakatan Pembangkang bahkan akan juga ‘menyerang’ pemimpin Pakatan Pembangkang.

Seperti mana yang pernah ditunjukkan ahli-ahli BNBBC dalam sidang DUN Sarawak sebelum ini, pemimpin Pakatan Pembangkang dijangka akan menghadapi tentangan hebat daripada pemimpin BNBBC. Segala hujah yang bersandarkan kepada fakta dan disertakan hujah-hujah bernas menjadi taruhan pemimpin BNBBC yang mahu melihat BN selama ini ‘bekerja’ dan ‘Janji Ditepati’.

Di pihak pemimpin BNBBC, tugas dan peranan sebagai wakil rakyat di kawasan yang diwakili pemimpin Pakatan Pembangkang seperti di DUN Batu Lintang, DUN Padungan, DUN Pending, DUN Kota Sentosa, DUN Batu Kawah, DUN Krian, DUN Repok, DUN Meradong, DUN Bukit Assek, DUN Dudong, DUN Pelawan, DUN Pelagus, DUN Kidurong, DUN Piasau, DUN Pujut dan DUN Ba’kelalan akan menjadi sasaran utama. Ini kerana sepanjang mewakili DUN selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, April 2011, apakah pembangunan dan perkara yang telah dilaksanakan mereka? Apakah hanya tahu mengkritik dan memburukkan tugas-tugas pemimpin BN di peringkat negeri?

Sepanjang 9 hari, rakyat Sarawak akan disajikan soalan dan jawapan daripada Yang Berhormat yang mewakili kawasan masing-masing. Marilah kita mendengar dan melihat serta menghayati siapakah di kalangan pemimpin BN mahupun Pakatan Pembangkang yang benar-benar melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger