Thursday, November 15, 2012

SULTAN PAHANG MURKA KEPADA NURUL IZZAH



Kekecohan kenyataan Nurul Izzah berhubung isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu masih belum reda malah semakin menghancurkan karier politik anak kepada Anwar Ibrahim.

Terbaru, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan Nurul Izzah yang boleh disifatkan sebagai melampau. Kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang, Sultan Ahmad Shah berasa dukacita ke atas apa yang berlaku. Sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.

Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?", di Subang Jaya pada 3 November.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger