Friday, November 23, 2012

TAHNIAH KEPADA PENGURUSAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK



Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pengurusan Pustaka Negeri Sarawak di atas tindakan cepat yang telah dilakukan bagi menangani permasalahan ini walaupun kejadian tersebut telahpun menconteng arang di muka pegawai dan staf-staf Pustaka Negeri Sarawak yang tidak terlibat dalam mengadakan program ini. Inilah implikasi dan kesannya jika bekerja di dalam satu jabatan mahupun organisasi.
                                                                                                                                         
Niat Wira Kenyalang mendedahkan perkara ini bukanlah untuk mengaibkan jauh sekali memperkecilkan peranan Pustaka Negeri Sarawak sebagai gedung ilmu di Sarawak sebaliknya mahu memperbetulkan keadaan yang sememangnya boleh membawa musibah jika Ceramah Umum itu diteruskan dengan penceramah daripada PKR Sarawak itu. Sekarang ini musim pilihan raya dan harus sensitif terhadap apa yang berlaku sekeliling.

Bagi pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, perkara ini sewajarnya tidak akan berulang lagi dan ambil inisiatif ke atas apa yang berlaku. Sebelum mengambil mana-mana penceramah untuk program di Pustaka Negeri Sarawak ialah dengan mengambil kira latar belakang penceramah sebelum dimajukan kepada bahagian pengurusan tertinggi untuk kelulusan. Jangan main tangkap muat dan ‘semadi nadai’ saja kerana boleh mencemarkan nama baik Pustaka Negeri Sarawak seperti yang berlaku sekarang ini.


Pengurusan tertinggi juga perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas kejadian ini dengan menjalankan siasatan terperinci agar ‘tali barut’ ini wajar dikenakan tindakan atas pengkhianatan yang telah dilakukan. Ini penting bagi memastikan tiada pengkhianat yang berkhidmat dalam kerajaan tetapi dalam masa yang sama menentang kerajaan. 

Jika berasakan jabatan atau organisasi yang dinaunginya itu tidak memihak kepadanya, jalan terbaik ialah ‘hantar surat letak jawatan’ atau sebagai anak jantan keluarlah dengan sukarela dan berpolitiklah di luar sana. Jangan cuba mempergunakan medium dan infrastruktur kerajaan tetapi dalam masa yang sama menentang kerajaan. Mungkin, dengan menubuhkan syarikat sendiri akan membolehkan dirinya akan lebih dihargai kerana sendiri jadi kuli dan sendiri jadi bos. Waktu itu jika nak berpolitik pun, lantaklah.

Tahniah juga kepada rakan Team Bloggers Anak Sarawak™®, TheUnreportedNews yang sudi membantu dalam pembongkaran ini yang disifatkan sebagai disengajakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, pegawai yang menjemput penceramah ini sangat mengenali antara satu sama lain. Manakan tidak mengenali penceramah itu yang secara terang menonjolkan diri dalam Pilihan Raya DUN Ke-10 di N.14 Asajaya atas tiket PKR. 


Masih belum terlambat sekiranya sesiapa yang berminat untuk menimba ilmu mengenai "Hak-hak Wanita di sisi Hukum Syarak Undang-undang Keluarga Islam", mereka boleh menghubungi Razak Rambili/Geneve Vendick di talian 082-442000 ext 349/348.

Hanya tinggal beberapa jam saja lagi untuk Ceramah Umum "Hak-hak Wanita di sisi Hukum Syarak Undang-undang Keluarga Islam" akan diadakan di tempat dan waktu yang sama. Cuma, penceramahnya saja sudah bertukar atas keprihatinan pengurusan tertinggi Pustaka Negeri Sarawak. Mereka yang masih berminat boleh terus datang ke Pustaka Negeri Sarawak bagi memeriahkan ceramah ini biarpun penceramahnya sudah ditukar.


Bagi seluruh warga Team Bloggers Anak Sarawak™®, kami akan terus membongkar segala dakyah dan propaganda Pakatan Pembangkang menjelang PRU-13 akan datang. 

2 komen:

  1. Betul! Betul! Betul! Wa caya lu Wira. Syabas untuk Wira dan team. Itu baru anak Oxford Universiti. Sysbas! I'll be one of the loyal followers of your Blog. Nak dreb bas pun susah; apa lagi dreb sebuah negeri. Sik senang pok.. Kata urang tua, "Na'as jangan dicarik!" Cuba malam tok kitak nengar lagu, "Sayang Sarawak". Dalam kitak nengar lagu ia pikir kitak tentang masa depan anak-anak kita... Kamek dah nyoba - nangis!

    ReplyDelete
  2. Saya masih yakin akan satu masa depan yang CERAH dengan pemerintah yang ada sekarang. It's not 100% perfect, but whose government is? Sarawak has made commendable changes all along the 40+ years of governance... We do not need any change yet!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger