Saturday, December 29, 2012

ABIM – JANGAN MAIN API NANTI TERBAKAR DIRI SENDIRI



Tindakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak kerajaan mengkaji penggunaan kalimah ‘Allah’ di Sabah dan Sarawak ibarat mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak.

Keributan yang berlaku di semenanjung tidak sepatutnya dibawa ke Sarawak atau Sabah, walaupun ABIM berkeinginan untuk menonjolkan diri di pentas masyarakat umum.

Bagi rakyat Sarawak, isu kalimah ‘Allah’ bukanlah isu yang patut disentuh oleh sesiapa pun, bahkan di negeri ini tidak pernah ada sebarang pertikaian berkaitan sensitiviti agama mahupun sentimen kaum.

Siapakah ABIM untuk ‘menceroboh’ keharmonian pelbagai kaum dan agama di Sarawak, Apakah ABIM cukup hebat untuk menghalang tindak balas yang mungkin berlaku?

Kenyataan ABIM untuk menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ di Sarawak menunjukkan mereka sangat dangkal dan tidak peka tentang sejarah serta budaya hidup masyarakat Sarawak.

ABIM tidak perlu terlalu ghairah untuk jadi pejuang islam hingga mengorbankan nilai keharmonian yang sudah dinikmati sekian lama. Bahkan atas alasan apa pun, ABIM tidak berhak menyentuh urusan agama atau budaya hidup masyarakat Sarawak.

Perlu diingatkan, penubuhan negara Malaysia mengandungi perjanjian strategik yang melibatkan Sabah dan Sarawak. Dimana dua negeri ini mempunyai hak autonomi eksklusif berkaitan agama, pentadbiran dan beberapa perkara lain.

ABIM perlu hentikan segera sebarang gesaan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ di Sabah dan Sarawak. ABIM juga perlu cermin diri untuk melihat dimana sebenarnya keributan yang sedang berlaku, bukan di Sarawak atau Sabah.

Isu yang ditimbulkan ABIM bukanlah perkara remeh, malah mampu menimbulkan ketegangan di negeri majoriti Kristian seperti Sarawak.

Jika ABIM merasakan mereka berhak untuk terus meremehkan sentimen rakyat Sarawak, kerajaan negeri wajar bertindak tegas dengan menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang mana-mana pemimpin ABIM memasuki negeri ini.

Kredit kepada: melanaublogger.com 

1 komen:

  1. betul3x...dia senghaja ingin membakar muka dan kerongkongnya sendiri.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger