Sunday, December 23, 2012

AHLI PAS KECEWA PAS KEDAH TIDAK ADAKAN HIMPUNAN HUDUD



Jika sebelum ini PAS Kedah telah laksanakan 6 Himpunan semenjak mengambilalih Kerajaan Kedah selepas PRU 2008 dan semuanya diadakan berasaskan kepada kepentingan politik PAS. Namun, tiada satu pun himpunan yang berasaskan perjuangan Islam atau Hudud yang diperjuangkan selama ini. Inilah yang menjadi persoalan ramai ahli-ahli PAS terutama di Kedah.

9 Januari 2010
Himpunan sukarelawan Pemuda PAS di markas PAS Cawangan Pekan Kodiang, Jitra.

19 Februari 2012
Himpunan 30K Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

12 Mei 2012
Himpunan jentera Pilihan Raya PAS Kedah di Stadium Mini Bandaran, Guar Chempedak.

1 Jun 2012
Himpunan hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

5 Disember 2012
Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Dun Kubang Rotan di Dewan Sekolah Menengah (Persendirian) Keat Hwa, Alor Setar.

7 Disember 2012
Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Dalam menjelaskan persoalan ini, Lajnah Penerangan, Dakwah dan Media Baru Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan Himpunan Hudud tidak perlu kerana ia tidak mencapai kata sepakat parti-parti dalam Pakatan Pembangkang. Hanya PAS sahaja beriya-iya laksanakan hukum Islam dan Hudud, tetapi PKR dan DAP menentangnya atas pelbagai alasan.

Untuk itu jawapan yang sesuai kepada persoalan tersebut ialah PAS Kedah tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan berkaitan pelaksanaan hudud di negara ini meskipun PRU-13 kian hampir.

Bagaimanapun beliau tidak menolak PAS Kedah akan mengadakan akan adakan beberapa perhimpunan lain selepas ini di Kedah, tapi bukan Perhimpunan Hudud. Perhimpunan lain selain daripada Himpunan Hudud ini dibenarkan PKR dan DAP.

Sebelum ini PAS telah dikritik teruk apabila sanggup ke depan untuk memperjuangkan pelbagai isu, tetapi tidak pula berhimpun memperjuangkan isu dasar parti itu iaitu Islam termasuklah isu hudud.

Inilah yang membuatkan ahli-ahli PAS sendiri mempersoalkan perjuangan parti PAS yang nampaknya lebih ke arah Putrajaya berbanding perjuangan Islam.

2 komen:

  1. Alasan yang budak ponen. Takut kena tarik telinga. Kalau dah sanggup mati syahid kerana nak tegakkan hukum Islam tak kiralah PKR ka, DAP ka UMNO ka peganglah prinsip perjuangan tu betul-betul.

    Nanya saja Brahim Libya mati, kerana orang macam hangpa ni sanggup menyesatkan sesama Umat kerana mengikut pemimpin yang haloba dunia.

    Makin meluat dengan putaq belit hampa hari-hari.

    ReplyDelete
  2. PAS, Parti Anutan Si-kecewa, Parti Anutan Sia sia.....kehkehkeh.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger