Saturday, December 15, 2012

AKHIRNYA KARPAL SINGH PILIH ANWAR IBRAHIM JADI PM SEBABNYA ..



Sebelum ini Karpal Singh menegaskan pendiriannya bahawa Anwar Ibrahim tidak layak jadi Perdana Menteri sehingga mencetuskan polemik politik antara DAP dan PKR. Namun, pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-16, Pengerusi DAP itu akhirnya mengalah dan mengutuskan memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang.

"Apabila kami menang dan tawan Putrajaya, kami dalam DAP akan memberi kerjasama untuk tentukan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri," katanya pada ucapan perasmian Kongres Kebangsaan DAP kali ke-16, di Penang International Sport Arena (PISA).

Sebelum ini, ketika Muktamar PAS di Kota Bahru bulan lepas, Karpal Singh memilih Presiden Parti Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang dipilih menjadi kerajaan baharu Malaysia.

Kenapa Karpal Singh berubah fikiran dan memilih Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? Ini ada kaitannya dengan kerjaya Karpal Singh yang pernah menjadi peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya dan mempunyai segala rahsia dan maklumat berhubung perangai Anwar Ibrahim. 

Oleh itu, senanglah Karpal Singh dan DAP mempergunakan Anwar Ibrahim nanti sekiranya menjadi Perdana Menteri termasuklah meminggirkan orang Melayu dan memansuhkan perlembagaan bagi menolak undang-undang LGBT.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada perasmian kongres itu ialah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman.

Pada perasmian Kongres Kebangsaan DAP itu, ramai perwakilan DAP yang mempersoalkan ketidakhadiran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sehingga ada yang bersuara mahu DAP bercerai dengan PAS.

2 komen:

  1. Mr. Karpal in your dreams only.....Anwar Ibrahim As PM pleezzzzz...for he can only be PM in the waiting forever and ever.

    ReplyDelete
  2. angan angan mat jenin berterusan selagi belum terjatuh dari pokok kelapa...ish ish ish.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger